Tujuh minggu tempoh masa dapat permit kenderaan masuk Singapura

April 9, 2022 · Dunia

Kenderaan pendafyaran asing yang ingin masuk ke Singapura perlu menunggu sehingga tujuh minggu untuk mendapatkan kelulusan permit masuk, berikutan lonjakan dalam permohonan setelah pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka 1 April lalu.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada Jumaat (8 April) berkata agensi itu menerima kira-kira 76,000 permohonan permit masuk kenderaan (VEP) setakat Khamis.

Jumlah itu lebih enam kali ganda purata mingguan sebelum sempadan darat ditutup pada Mac 2020, kata LTA.

“Untuk keselamatan semua pengguna jalan raya di Singapura, LTA melakukan semakan menyeluruh terhadap dokumen sokongan yang dikemukakan untuk permohonan permit masuk kenderaan dan pembaharuan, termasuk menyemak insurans kenderaan yang sah,” kata LTA.

“Berdasarkan jumlah permohonan yang diterima ketika ini, masa pemprosesan adalah kira-kira tujuh minggu,” kata LTA sambil menjelaskan semua pemohon dimaklumkan mengenai tempoh masa itu ketika menyerahkan dokumen.

Bulan lalu, LTA menasihatkan pengembara merancang sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal daripada tarikh perjalanan mereka yang dimaksudkan untuk memberi masa yang mencukupi untuk permohonan dan kelulusan VEP.

LTA berkata pihaknya mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk memproses permohonan VEP dalam tempoh ini berikutan jangkaan peningkatan dalam permintaan.

VEP yang sah diperlukan bagi sesiapa yang memandu kenderaan asing di Singapura. Kad Autopass, yang merupakan kad nilai tersimpan untuk kenderaan ini, berfungsi sebagai permit masuk kenderaan elektronik.

Pemandu kenderaan mesti memohon untuk VEP dalam talian melalui laman web OneMotoring LTA dan menerima e-mel kelulusan sebelum mereka dibenar melakukan perjalanan. – Agensi

Berita berkaitan
Menteri pertahan keputusan bawa masuk pakar perumahan dari Singapura
February 23, 2023· Isu semasa
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Dah pupus ke pakar tempatan sampai nak import pakar Singapura, kata Faiz
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
12 jam lalu · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok