Trump bangun tinggalkan wawancara sama seperti Najib dengan wartawan Al Jazeera

April 21, 2022 · Dunia

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meninggalkan wawancara ekslusif yang sedang berlangsung dengan Piers Morgan selepas tidak tahan diasak pengacara itu berhubung dakwaan wujud penipuan semasa Pilihan Raya pada 2020 lalu.

Tindakan Trump itu hampir sama dengan tindakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang bangun meninggalkan wawancara selepas tidak tahan diasak wartawan wanita Al Jazeera, Mary Ann Jolley pada Oktober 2018 lalu.

Dalam wawancara yang agak tegang itu, Morgan mencabar Trump dengan mendakwanya tidak mempunyai “bukti kukuh” berhubung tuduhan penipuan pengundian sehingga mengakibatkan bekas Presiden AS gagal mengawal perasaannya.

Malahan, Trump juga menggelar Morgan sebagai “bodoh” dan menggambarkan dirinya pula sebagai “lelaki yang sangat jujur”.

Trump masih berdegil dan mempertahankan kekalahannya semasa pilihan raya lalu disebabkan berlaku penipuan dalam pengundian, bagaimanapun dakwaan tersebut ditolak mahkamah.

Susulan tindakan Trump tersebut juga mengakibatkan berlakunya rusuhan dicetuskan kumpulan penyokongnya dan bertindak menyerbu Capitol AS pada 6 Januari 2021 untuk menghentikan pengiraan undi pilihan raya bagi mengesahkan kemenangan calon Demokrat, Joe Biden.

Dewan kemudiannya mendakwa Trump atas tuduhan menghasut rusuhan; dia kemudiaan dibebaskan Senat.

Untuk rekod, sesi wawancara penyiar Al Jazeera bersama Najib yang menjadi kontroversi sebelum ini memenangi hadiah ‘Wawancara Terbaik’ pada Anugerah Royal Television Society Television 2019.

Wawancara yang dikendalikanJolley dalam program berbahasa Inggeris, 101 East Al Jazeera bertajuk Malaysia: Najib Speaks (Malaysia: Najib Bercakap) memenangi anugerah, menewaskan dua pencabar lain – Max Mosley untuk Channel 4 dan penyanyi British Sir Cliff Richard bagi ITV.

Semasa wawancara itu dirakamkan, Najib tidak senang duduk apabila diasak dengan soalan-soalan seperti berlian merah jambu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Najib kemudian memohon maaf kerana gagal mengawal emosi, dengan mengatakan bahawa beliau memikirkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak-anaknya.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok