Tonga kekal terputus dari dunia luar

January 18, 2022 · Dunia

Kerosakan besar dilaporkan di sepanjang pantai barat pulau utama Tonga, sementara seorang wanita Britain disahkan maut, susulan letusan gunung berapi dan tsunami pada hujung minggu.

Suruhanjaya Tinggi New Zealand hari ini melaporkan kerosakan di sepanjang pantai barat pulau utama Tongatapu, di mana terdapat banyak pusat peranginan dan percutian, selain kawasan dermaga ibu kota, Nuku’alofa.

Saudara kepada wanita Britain, Angela Glover, 50, berkata dia terbunuh ketika cuba menyelamatkan anjing yang dijaganya di pusat perlindungan penyelamat yang didirikannya bersama suaminya di kepulauan Pasifik Selatan itu.

Nick Eleini mengesahkan mayat saudaranya telah ditemui. Stesen televisyen New Zealand. TVNZ sebelum ini melaporkan wanita itu hilang selepas dihanyutkan ombak, manakala suaminya berjaya berpaut pada sebatang pokok.

Kepulauan Pasifik Selatan sebahagian besarnya kekal terputus daripada dunia luar sejak letusan di gunung berapi yang tidak berpenghuni Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai, sekali gus memotong kabel komunikasi bawah laut.

Lapisan abu tebal menyelubungi seluruh pulau, kata Suruhanjaya Tinggi New Zealand, sambil menambah ia sedang berusaha untuk menyediakan komunikasi dengan pulau-pulau yang lebih kecil.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata isyarat kecemasan dikesan dalam kumpulan terpencil dan dataran rendah pulau Ha’apai, serta di Pulau Fonoi dan Mango yang dihuni lebih 100 penduduk.

Imej satelit yang disiarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) menunjukkan terdapat kerosakan pada beberapa struktur di Pulau Nomuka.

“Aktiviti gunung berapi selanjutnya tidak boleh diketepikan,” kata OCHA, melaporkan hanya kecederaan ringan tetapi menekankan bahawa penilaian rasmi, terutamanya pulau-pulau luar, masih belum ditentukan.

Australia dan New Zealand menghantar penerbangan pengawasan untuk menilai kerosakan.

Ha’atafu Beach Resort, di semenanjung Hihifo, 21 kilometer ke barat ibu kota Nuku’alofa, ‘lenyap sepenuhnya’, kata pemiliknya di Facebook.

Kesan letusan besar itu dirasai sejauh Fiji, New Zealand, Amerika Syarikat dan Jepun. Dua orang lemas di pantai di utara Peru akibat ombak tinggi tsunami, manakala pegawai di Jepun melaporkan penduduk turut dipindahkan.

Pulau Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai semuanya hilang berikutan letupan itu, menurut imej satelit beberapa jam setelah letupan menyukarkan ahli gunung berapi memantau aktiviti berterusan.

Pakar berkata gunung berapi itu, yang kali terakhir meletus pada 2014, telah aktif selama kira-kira sebulan sebelum letusan pada Sabtu lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
January 22, 2022· Dunia
Tiada air bersih di Tonga, New Zealand beri amaran baharu letusan
January 20, 2022· Dunia
Julat bunyi letusan gunung berapi di Tonga bagaikan Krakatau: Saintis
January 16, 2022· Dunia
Gunung berapi dasar laut Tonga meledak, tsunami landa bandar
January 15, 2022· Dunia
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok