Tokyo 2020: Jepun pertimbang acara sukan tanpa peminat

Penganjur Sukan Olimpik Tokyo memberi amaran mereka bersedia untuk mengadakan Sukan Olimpik secara tertutup ketika kes Covid-19 sedang meningkat, menyebabkan orang ramai yang telah membeli tiket tidak dapat hadir untuk upacara pembukaan.

Presiden Jawatankuasa Pengajur Tokyo 2020, Seiko Hashimoto berkata langkah melarang semua peminat daripada menghadiri temasya Sukan Olimpin pada masa sekarang, masih menjadi pilihan.

Pengumuman Hashimoto itu memperbetulkan kenyataan dibuat 10 hari lalu di mana penganjur dilaporkan membenarkan sehingga 10,000 peminat hadir pada acara sukan yang berlangsung.

Kebimbangan acara sukan dunia itu yang akan dihadiri 15,400 atlet menjadi pusat penyebaran Covid-19, muncul susulan penularan varian Delta yang cepat merebak.

“Situasi jangkitan berubah-ubah dan ia masih belum jelas” Tetapi daripada pandangan Tokyo 2020, kami telah membuat keputusan untuk tidak mempunyai penonton. Ia adalah pilihan,” kata Hashimoto.

Namun keputusan selanjutnya akan diumum minggu depan selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, penganjur, kerajaan Jepun, pihak berkuasa Tokyo dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, bermesyuarat.

Penasihat Covid-19 Kerajaan Jepun, Dr Shigeru Omi telah berulang kali menegaskan bahawa pilihan paling selamat adalah mengadakan sukan itu tanpa peminat. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR