Tokoh agama kontroversi Indonesia dibebas dengan parol

July 20, 2022 · Dunia

Tokoh agama kontroversi Indonesia Rizieq Syihab dibebaskan secara parol pada Rabu (20 Julai 2022), lima bulan sebelum selesai hukuman penjara dua tahun dikenakan terhadapnya kerana berbohong mengenai keputusan ujian diagnostik Covid-19.

Kementerian Kehakiman berkata pembebasan itu bersyarat dan Rizieq mesti mengikuti beberapa program disediakan Pusat Koreksional Jakarta Pusat atau parol dibatalkan.

“Dia mesti mengelak daripada tindakan yang berpotensi mencetuskan kekacauan awam atau lebih teruk mengakibatkan kesalahan jenayah.

“Jika itu berlaku, pembebasan bersyaratnya akan dibatalkan,” kata jurucakap Kementerian Kehakiman Rika Aprianti di Jakarta.

Beliau menegaskan bahawa Rizieq telah diberitahu secara peribadi tentang semua syarat untuk pembebasannya.

Pemimpin de facto Barisan Pembela Islam atau FPI yang kini telah diharamkan, pada mulanya dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebarkan tuntutan palsu berkaitan keadaan kesihatannya dan mencetuskan kekacauan pada Jun lalu.

Tetapi pada November Mahkamah Agung memotong separuh daripada hukuman penjara setelah mendengar rayuannya, dengan panel hakim mengatakan tidak ada bukti pergolakan awam akibat daripada tindakannya.

Rizieq ditahan sejak 12 Disember 2020, sebelum parolnya. Mengikut undang-undang, banduan layak mendapat parol selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman dan menunjukkan tingkah laku yang baik.

Selepas tiba di rumahnya di Tanah Abang, Jakarta Pusat, Rizieq memberitahu media tempatan bahawa dia akan “terus berjuang untuk umat Islam”.

Sabitan jenayahnya adalah kemuncak daripada siri pertempuran antara FPI dan pihak berkuasa berikutan ketibaannya pada November 2020 selepas hampir tiga tahun dalam buangan di Arab Saudi.

Beliau mencetuskan kemarahan orang ramai dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran tanpa menghiraukan protokol kesihatan semasa penularan wabak Covid-19 di ibu negara Indonesia.

Dia tidak mengendahkan saman polis untuk disoal siasat berkaitan kejadian itu dan usaha mengejar konvoi kenderaannya di lebuh raya sebulan kemudian menyebabkan enam pengawalnya ditembak mati oleh polis.

Rizieq kemudiannya menyerahkan diri kepada polis dan ditahan.

Kerajaan memasukkan FPI ke dalam senarai organisasi yang diharamkan pada Disember 2020, memetik kaitan dengan keganasan dan tindakan ganas terhadap orang awam.

Menteri Keselamatan Mohammad Mahfud MD berkata FPI secara teknikalnya tidak mempunyai sebarang “kedudukan undang-undang” sejak 20 Jun 2019, apabila permitnya tamat tempoh dan kerajaan enggan memperbaharui.

“Pertubuhan itu telah dibubarkan secara sah tetapi FPI meneruskan aktiviti yang melanggar undang-undang,” kata Mahfud ketika itu.

Itu membawa kepada keputusan bersama oleh agensi penguatkuasaan undang-undang negara untuk mengharamkan FPI sepenuhnya.

Menurut data kerajaan, sekurang-kurangnya 35 ahli atau bekas ahli kumpulan itu telah dikaitkan dengan keganasan dan 29 daripadanya disabitkan kesalahan.

Selain itu, 206 anggota FPI terlibat dalam perbuatan jenayah lain dan sekurang-kurangnya 100 daripada mereka didapati bersalah oleh mahkamah. – Agensi

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy
August 22, 2023· Politik
Popular
Lee rombak Kabinet Singapura
June 6, 2022
Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul
September 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
September 23, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok