Tindak balas sekatan: Russia rampas jam tangan Swiss jutaan dolar

March 27, 2022 · Dunia

Ejen Russia merampas jam tangan mewah, Audemars Piguet, bernilai jutaan dolar di Moscow sebagai tindakan balas terhadap sekatan dikenakan Switzerland yang mengharamkan eksport barangan mewah, lapor akhbar Switzerland NZZ am Sonntag.

Jam tangan mahal itu dirampas dari premis tempatan oleh ejen khas dari FSB Russia, kata akhbar itu, memetik sumber yang biasa dengan memo sulit Jabatan Hal Ehwal Luar Persekutuan Switzerland.

Switzerland, pusat kepada banyak jenama jam tangan terkemuka dunia, mengetepikan pendirian tradisionalnya dan menyertai sekatan Kesatuan Eropah (EU) yang mengharamkan eksport barangan mewah ke Russia awal bulan ini sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Ukraine.

Pihak berkuasa Russia memetik kesalahan kastam sebagai sebab jam tangan Audemars Piguet dirampas, namun pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland berkata tindakan itu “kemungkinan besar langkah penindasan sewenang-wenangnya sebagai tindak balas kepada sekatan,” lapor akhbar itu, memetik memo berkenaan.

Pegawai dari Audemars Piguet tidak segera membalas e-mel yang dihantar Bloomberg untuk ulasan lanjut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland berkata kedutaan Switzerland di Moscow memberikan sokongan kepada syarikat di Russia dalam penyelarasan dengan jabatan lain ketika berdepan tindak balas Russia.

“Kedutaan kini mengekalkan hubungan yang sangat intensif dengan syarikat Switzerland tempatan di Russia,” kata jurucakap kedutaan dalam balasan e-mel kepada Bloomberg News.

“Oleh itu, kes individu tidak boleh diulas, juga untuk memastikan keselamatan pekerja syarikat-syarikat ini.”

Bagi kebanyakan syarikat terkemuka Eropah tindakan untuk keluar dari Russia dilihat amat mencabar.

Firma asing, termasuk gergasi makanan berbungkus Switzerland, Nestle SA, mempunyai beribu-ribu pekerja dan kemudahan pengeluaran sensitif yang berisiko dirampas dan didakwa oleh Russia jika mereka meninggalkan negara itu.

Audemars Piguet, firma milikan keluarga dan dikawal selama hampir 150 tahun, ialah salah satu daripada tiga jenama jam tangan Swiss terbesar, bersama-sama dengan Patek Philippe dan Rolex.

Russia ialah pasaran eksport ke-17 terbesar untuk jam tangan Switzerland pada 2021, menyumbang 260 juta franc, menurut Persekutuan Industri Jam Tangan Swiss. – Bloomberg

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok