Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah

January 27, 2023 · Dunia

Washington mengenakan sekatan terhadap Timbalan Presiden Paraguay dan bekas ketua negara disebabkan rasuah, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis.

“Timbalan Presiden Paraguay Hugo Velázquez dan Horacio Cartes yang merupakan presiden dari 2013 hingga 2018 telah dikenakan sekatan “kerana penglibatan mereka dalam rasuah sistemik yang menjejaskan institusi demokrasi di Paraguay,” kata Blinken dalam satu kenyataan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Tahun lalu AS mengenakan sekatan visa ke atas Cartes dan Velázquez kerana rasuah.

“Kerajaan mesti responsif terhadap rakyat mereka dan tidak dimanipulasi untuk kepentingan elit politik yang korup,” kata Blinken dalam ciapan di Twitter.

Aset mereka akan dibekukan dan warga AS dilarang menjalankan perniagaan dengan pemimpin berkenaan.

Menurut AS, Cartes “telah terlibat dalam rasuah” sebelum, semasa dan selepas tempohnya sebagai presiden.

“Selama lebih sedekad, Cartes memanfaatkan kekayaan dan pengaruhnya yang diperoleh secara haram untuk mengukuhkan kuasa politik dan ekonominya ke atas institusi Paraguay.

“Semasa berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Paraguay, Velazquez berusaha mengganggu proses undang-undang untuk melindungi dirinya dan rakan jenayah daripada siasatan,” kata Blinken.

Jabatan Perbendaharaan AS juga memaklumkan bahawa Cartes dan Velázquez “menjalin hubungan” dengan anggota pergerakan Hizbullah, yang disenaraikan oleh Jabatan Negara AS sebagai organisasi pengganas.

Bagaimanapun, Velázquez dan Cartes menolak dakwaan itu, menurut media tempatan.

Berita berkaitan
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS
October 11, 2022· Isu semasa
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
7 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok