Tikus pembawa virus Covid-19: Kajian

Tikus didapati boleh menjadi pembawa virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dengan tanpa bergejala (asimptomatik) memberi petanda bahawa wabak Covid-19 juga boleh berasal dari haiwan itu.

Daily Mail melaporkan penemuan itu didapati dari kajian penyelidikan oleh Universiti Princeton yang sudah melaksanakan analisis terperinci genomik terhadap pelbagai jenis spesies mamalia dengan melihat secara khusus pada reseptor yang dibawa oleh virus SARS.

Sebelum ini, hasil kajian mendapati kelawar ladam di China mempunyai pelbagai jenis SARS tanpa menunjukkan sebarang gejala yang teruk.

Dengan itu, pakar menemui bukti jelas beberapa spesies tikus lebih terdedah kepada Covid-19 menyebabkan haiwan itu berkemungkinan dapat mengembangkan tahap rintangan tertentu.

Kajian tersebut dilaksanakan oleh Pakar Biologi Molekuler, Dr Sean King dan Saintis Komputer, Prof Mona Singh dari universiti yang sama.

“Hasil kajian menunjukkan, tikus yang sudah hidup lama sebelum ini mungkin sudah dijangkiti virus seperti SARS dengan berulang kali.

“Ini menunjukkan kemungkinan sesetengah spesies tikus moden mungkin adalah pembawa virus SARS tanpa bergejala termasuk yang belum ditemui lagi,” jelasnya.

Jangkitan SARS-CoV-2 merupakan virus yang boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 kerana ianya bersifat ‘zoonotik’ bermaksud ia boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia.

Sehubungan itu, mengenal pasti jenis haiwan yang mungkin mempunyai perlindungan sama terhadap jangkitan sedemikian dan mampu berfungsi sebagai egen takungan virus adalah penting untuk mencegah penularan wabak lain pada masa depan.

BERITA BERKAIT
POPULAR