Tiga maut tembakan di AS

July 18, 2022 · Dunia

Seorang lelaki bersenjata membunuh tiga individu lain apabila dia melepaskan tembakan rambang di medan selera sebuah pusat beli-belah di luar Indiana pada Ahad sebelum seorang lelaki lain menembaknya, lapor media.

Dua orang lagi cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di Greenwood Park Mall, pada petang semalam, lapor Indianapolis Star, memetik Ketua Polis Greenwood Jim Ison.

Akhbar itu melaporkan bahawa polis percaya seorang lelaki lain yang juga memiliki senjata api melihat kejadian itu dan melepaskan tembakan ke arah penyerang menyebabkan dia terubunu di tempat kejadian.

Penembak itu bersendirian dan menggunakan raifal serta memiliki beberapa kelopak peluru, menurut akhbar itu.

Polis tidak mendedahkan nama mangsa, lelaki bersenjata atau orang ramai. Pembeli dan pekerja pusat membeli-belah bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi tembakan.

Ia berlaku di tengah-tengah kebimbangan meluas mengenai kejadian tembakan Amerika Syarikat (AS) di sekolah, tempat kerja dan kawasan awam yang kerap menjadi tajuk utama.

Pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata api sering berlaku sejak Mei di kedai runcit New York, sekolah rendah di Texas dan perarakan Hari Kemerdekaan di Illinois, sekali gus memperbaharui perdebatan sengit mengenai peraturan senjata api.

Jawatankuasa Kehakiman Dewan AS akan mengundi cadangan undang-undang minggu ini yang akan mengharamkan senjata tertentu, kata panel itu pada Jumaat. – Reuters

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
TMJ kongsi cerita saat insiden tembakan berlaku di Bangkok
October 4, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok