Tiga lagi kes Omicron dikesan di Singapura

December 11, 2021 · Dunia

Singapura mengesan tiga lagi kes Covid-19 yang hasil ujian saringan awal mendapati positif varian Omicron, satu daripadanya jangkitan tempatan melibatkan seorang lagi pekerja barisan hadapan di lapangan terbang manakala dua lagi kes import.

“Ketiga-tiga kes telah lengkap divaksin dan tanpa gejala dan beransur pulih ketika menjalani pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID),” menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan pada lewat Jumaat menurut laporan Bernama.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun, bekerja di bahagian perkhidmatan penumpang di Terminal Lapangan Terbang Changi.

Dikategorikan sebagai kes 276839, lelaki itu tidak berinteraksi dengan tiga kes Omicron sebelum ini.

“Kes itu tidak mempunyai kaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini – Kes 276363 – yang juga melibatkan kakitangan perkhidmatan penumpang Lapangan Terbang Changi,” menurut kementerian.

Lelaki itu menjalani ujian saringan Covid-19 pada 9 Dis sebagai sebahagian Ujian Rutin Terdaftar (RRT) mingguan untuk pekerja barisan hadapan dan keputusan awal tindak balas rantai polimerase (PCR) didapati positif varian Omicron.

“Dia tidak menunjukkan gejala dan sebaik diberitahu mengenai hasil ujian itu dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah,” menurut MOH.

Sementara itu, kes kedua dan ketiga pula membabitkan mereka yang pulang ke Singapura melalui Lorong Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari United Kingdom (UK) pada 8 Dis.

Kementerian menyatakan kedua-duanya tidak saling berinteraksi semasa dalam penerbangan.

Dalam kenyataan berasingan, Singapura akan menggunakan dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

“Vaksinasi untuk kumpulan itu akan dimulakan sebelum akhir tahun ini, sebaik sahaja kami menerima dos vaksin,” menurut MOH.

MOH menyatakan dos yang disyorkan ialah satu pertiga daripada dos yang digunakan untuk mereka berumur 12 tahun ke atas — untuk dua suntikan setiap satu dos pediatrik adalah sebanyak 10 mikrogram — berselang sekurang-kurangnya 21 hari.

Kementerian juga akan melanjutkan program suntikan dos penggalak Covid-19 kepada individu berumur 18 hingga 29 tahun, mulai 14 Dis.

Sehingga kini, 96 peratus penduduk yang layak di Singapura sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 30 peratus daripada jumlah penduduk telah mendapat dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Cacar monyet: New York isytihar darurat, WHO beri amaran kematian
July 31, 2022
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
19 jam lalu · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
China lancar 11 peluru berpandu bantah lawatan Pelosi ke Taiwan
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok