Tiga kanak-kanak antara lima mati ditembak dalam rumah

September 10, 2022 · Dunia

Jabatan Syerif menemui lima orang, termasuk tiga kanak-kanak, yang maut di dalam rumah di Cecil County, Maryland pada Jumaat (9 September 2022) selepas seorang lelaki menghubungi 911 untuk melaporkan empat mangsa tembakan, kata pegawai.

Walaupun pihak berkuasa tidak segera mendedahkan sama ada pembunuh itu adalah antara yang mati, Sheriff Daerah Cecil Scott Adams berkata “tidak ada ancaman terhadap keselamatan awam.”

Panggilan 911 diterima kira-kira jam 9.19 pagi untuk melaporkan bahawa tiga kanak-kanak dan seorang wanita “telah ditembak dan mati” di di Elk Mills, menurut kenyataan jabatan sherif.

Apabila timbalan sherif tiba di rumah itu, mereka menemui lima orang yang cedera parah di dalamnya, kata Syerif Adams.

“Ini adalah hari yang tragis dan dahsyat untuk daerah dan komuniti kami,” kata Adams kepada pemberita.

Bagaimanapun, identiti lima yang maut itu tidak dikenal pasti dengan segera kerana pihak berkuasa berusaha untuk memaklumkan waris mengenai kematian itu, katanya.

Adams berkata kanak-kanak yang maut itu berusia lima, tujuh dan lapan tahun.

Satu daripada mayat ditemukan di garaj, satu lagi di tingkat satu dan tiga di tingkat dua rumah itu, kata pegawai.

“Semua yang maut mengalami luka tembakan. Sepucuk pistol separa automatik ditemui berhampiran lelaki dewasa yang maut,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira 60 batu timur laut Baltimore dan 20 batu barat daya Wilmington, Delaware. – Agensi

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Al-Qassam beri amaran supaya Israel keluar dari Al-Aqsa 6 petang esok
May 10, 2021
Barat sekat Russia daripada Swift: Apakah sistem pembayaran global?
February 27, 2022
Lagi Dunia terkini
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
6 jam lalu · Dunia
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
10 jam lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
16 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
September 25, 2022 · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
6 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok