Tiga juta tak hadir kerja minggu pertama 2022 di Britain: Bloomberg

January 13, 2022 · Dunia

Penularan pantas varian Omicron mendorong peningkatan mendadak dalam bilangan pekerja yang tidak hadir bertugas di Britain pada minggu pertama Januari, menurut analisis data kehadiran di tempat kerja yang dilakukan untuk Bloomberg News.

Kira-kira tiga juta pekerja sedang bercuti sakit dari 3 Januari hingga 9 Januari, menurut GoodShape, yang menjejaki penyakit dan kesejahteraan berkaitan pekerjaan dalam kalangan majikan di British.

Dianggarkan 1.6 juta kes baru ketidakhadiran bermula dalam tempoh itu, peningkatan 18 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut GoodShape.

Secara keseluruhan, GoodShape menganggarkan seramai 3.1 juta warga Britain terjejas minggu lalu, walaupun pada hakikatnya cuti umum Tahun Baharu pada 3 Januari bermakna sesetengah pekerja menikmati cuti empat hari seminggu

Gambaran ketidakhadiran pada awal tahun adalah salah satu petunjuk pertama kesan lonjakan Omicron terhadap ekonomi British.

GoodShape menggabungkan datanya dengan statistik penduduk dan gaji rasmi untuk meramalkan kemungkinan angka seluruh negara, menganggarkan gelombang ketidakhadiran minggu lalu menelan perbelanjaan kepada Britain sebanyak £1.3 bilion.

Tempoh yang diliputi oleh data termasuk beberapa hari sejurus selepas cuti Krismas dan Tahun Baharu, apabila sejumlah besar warga Britain sama ada dijangkiti Covid-19 atau menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat.

Ketika kemuncak gelombang Omicron pada 4 Januari lalu, Britain melaporkan 218,724 kes positif Covid-19.

Ketidakhadiran dalam kalangan pekerja kerajaan, termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan, meningkat 26 peratus pada minggu pertama Januari berbanding tahun sebelumnya, peningkatan terbesar merentasi pelbagai sektor.

Pada masa sama, dianggarkan 562,000 pekerja dalam sektor kesihatan dan sains hayat Britain, tidak hadir bertugas, kata GoodShape, yang menunjukkan tekanan dihadapi sektor perubatan dan kakitangan di hospital yang menghadapi peningkatan kemasukan Covid-19.

Situasi semasa adalah “mempertaruhkan keselamatan pesakit, kualiti penjagaan dan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan,” kata Chris Hopson, Ketua Eksekutif NHS Providers – pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dan ambulans.

“Tahap tekanan ke atas tenaga kerja kami ini disebabkan oleh peningkatan ketidakhadiran kakitangan serta kekurangan rancangan jangka panjang nasional dan hampir 100,000 kekosongan yang akan berlaku akibat wabak itu,” kata Hopson.

Sekolah adalah antara yang bergelut dengan penularan Omicron, dengan anggaran 8.8 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya tidak hadir pada 6 Januari, kata Jabatan Pendidikan.

Sekurang-kurangnya 585 bekas guru telah mendaftar untuk kembali ke bilik darjah, kata jabatan itu.

Angka GoodShape juga menunjukkan bahawa lebih separuh daripada individu yang kini tidak hadir bekerja disebabkan faktor perubatan, termasuk positif Covid-19, manakala hanya 12 peratus yang tidak hadir bukan atas faktor perubatan.

“Majikan mempunyai pekerjaan yang sukar, cuba memastikan kesejahteraan kakitangan yang bekerja dilindungi sambil mengekalkan produktiviti,” kata eksekutif GoodShape, Alun Baker.

Akibat tekanan meningkat ke atas perkhidmatan utama di semua sektor ekonomi, Britain kini mempertimbangkan untuk mengurangkan tempoh masa kuarantin kendiri. – Bloomberg

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok