Tiga gadis pekerja kesihatan ditembak mati di Jalalabad

March 31, 2021 · Dunia

Tiga pekerja kesihatan, semuanya gadis yang bekerja dalam kempen vaksin polio kerajaan Afghanistan ditembak mati di Jalalabad, semalam, beberapa minggu selepas tiga wanita yang bekerja dengan sebuah stesen radio dan televisyen dibunuh di bandar sama.

1 Mac lalu, tiga pekerja Enikass Radio dan TV di Jalalabad yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka ditembak mati dalam dua serangan, kata Pengurus Publisiti Enikass, Shokorullah Pasoon.

Dalam kejadian terbaharu semalam, ketiga-tiga gadis berusia awal 20-an sedang menjalankan kempen dari rumah ke rumah di bandar berhampiran sempadan Pakistan, ditembak mati dalam dua kejadian berasingan.

Semin, 24, dan Basira, 20, ditembak mati oleh dua pembunuh sebaik mereka memasuki sebuah rumah di Jalalabad untuk memberi vaksin polio kepada kanak-kanak yang tinggal di situ, kata jurucakap pejabat gabenor wilayah berkenaan.

Kedua-duanya berkempen dari rumah ke rumah, salah satu program yang diharamkan oleh Taliban ketika mereka memerintah Afghanistan beberapa tahun lalu.

“Ia adalah penyertaan pertama Semin dalam kempen itu. Dia yang berkelulusan kolej perguruan baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya,” kata sepupunya, Ahmad Faisal Nizami.

Seorang lagi, Negina, 24, penyelia kempen pemberian vaksin polio, ditembak mati kira-kira sejam kemudian di bandar sama.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menolak pembabitan kumpulan itu dalam pembunuhan berkenaan.

Kejadian terbaharu itu adalah sebahagian daripada gelombang pembunuhan yang menyasarkan wanita, wartawan, profesional, aktivis dan doktor, berlaku ketika Taliban menyerang siapa sahaja yang bekerjasama dengan kerajaan Afghanistan. – Agensi

Berita berkaitan
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Dua wanita antara empat suspek ditahan dalam kes samun bersenjata
June 11, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok