Tiada wilayah di Indonesia berada di bawah PPKM Tahap Empat Covid-19

September 14, 2021 · Dunia

Tidak ada lagi mana-mana wilayah di Indonesia yang kini diletakkan di bawah peringkat tertinggi sistem amaran Covid-19 Tahap Empat, susulan penurunan jangkitan positif dan kematian harian di seluruh negara itu sejak beberapa hari lalu.

Situasi itu muncul setelah perintah Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Tahap Empat yang sebelum ini dikenakan terhadap wilayah Bali, Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara diturunkan ke Tahap Tiga.

Bagaimanapun, amaran peringkat tertinggi masih dikekalkan di sembilan daripada 514 daerah dan bandar di seluruh negara itu.

Antara daerah dan bandar yang masih diletakkan di bawah amaran peringkat tertinggi Covid-19, termasuk Banda Aceh, Bangka, Medan, Kota Baru, Palangkarya dan Palu, kata Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto.

“Tetapi pada peringkat wilayah tidak ada lagi di Tahap Empat,” katanya.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan pula berkata susulan penurunan kes dan ketiadaan lagi amaran Tahap Empat, beberapa sekatan yang dikenakan sebelum ini mula ditarik balik.

Antaranya, kata beliau ialah pawagam dibenar beroperasi pada kapasiti 50 peratus dan penonton dikehendaki menunjukkan bukti telah menerima suntikan vaksin menerusi Peduli Lindungi, aplikasi yang dibangunkan kerajaan untuk merekodkan status vaksinasi rakyat Indonesia.

Syarat tersebut telah dikenakan lebih awal ketika pemerintah membenarkan pusat beli-belah, pasar umum dan restoran, dibuka semula.

Awal bulan ini, beberapa bandar khususnya di wilayah Jakarta membenarkan sekolah rendah dan menengah dibuka semula untuk sesi pembelajaran bersemuka.

Bagaimanapun, Luhut berkata, perhimpunan awam masih tidak dibenarkan selain mengawal pergerakan orang ramai di antara daerah dan wilayah berdasarkan nombor plat kenderaan.

Dalam tempoh 24 jam semalam, Indonesia dengan 272 juta populasi merekodkan 2,577 kes baharu. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif di negara itu telah melebihi 4.17 juta kes dengan 139,165 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok