Tiada “varian Singapura” seperti didakwa, kata kerajaan Singapura

Singapura mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19.

Kerajaan Singapuran menafikan kewujudan “varian Singapura” susulan beberapa laporan berita di India yang mengatakan terdapat varian baharu di negara republik tersebut.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mendakwa penemuan strain yang dijangkiti di Singapura adalah varian berasal dari India dan tiada kaitan dengan varian baharu.

“Strain yang terdapat dalam banyak kes COVID-19 sejak beberapa minggu lalu adalah varian B.1.617.2, berasal dari India. Ujian filogenetik menunjukkan varian B.1.617.2 ini dikaitkan dengan beberapa kluster Singapura.

“Laporan yang dikeluarkan itu tidak benar,” kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan lapor Bernama.

Kementerian itu merujuk laporan Hindustan Times yang memetik Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal menerusi berita bertajuk “Coronavirus variant found in Singapore can be India’s 3rd wave, extremely dangerous for kids, warns Arvind Kejriwal”.

“Portal berita India NDTV turut mengeluarkan laporan bertajuk “Stop Singapore Flights: Arvind Kejriwal To Centre Over New Covid Strain”.

Kedua-dua laporan itu diterbitkan pada 18 Mei.

POPULAR