Tiada lagi zon merah Covid-19 di Jakarta

September 8, 2021 · Dunia

Timbalan Gabenor Jakarta Ahmad Riza Patria mengumumkan tidak ada lagi zon merah atau kawasan berisiko tinggi jangkitan Covid-19 di ibu kota Indonesia itu.

“Kami bersyukur kerana tidak ada lagi zon merah (di Jakarta). Semua kejiranan dan unit komuniti telah diklasifikasi sebagai oren, kuning dan hijau,” katanya semalam.

Beliau bagaimanapun, berharap penduduk Jakarta yang dianggarkan seramai 10.9 juta itu kekal berdisiplin dalam mematuhi protokol kesihatan yang telah ditentukan untuk mengekalkan trend positif itu.

Menurut laman web Covid-19 Jakarta, tidak ada lagi zon merah di kota raya itu sejak semalam.

Bagaimanapun, ratusan unit komuniti masih diletakkan dalam kategori kuning dan oren atau kawasan berisiko rendah hingga sederhana.

Secara umumnya semua 132 unit komuniti RT di Jakarta Pusat dikategorikan sebagai zon kuning; Jakarta Timur (lima RT zon oren dan 387 lagi zon kuning); Jakarta Barat (satu zon oren dan 328 zon kuning).

Di Jakarta Selatan pula terdapat tiga RT diletakkan dalam zon oren, manakala 354 RT lagi zon kuning; Jakarta Utara (satu RT zon oren dan 255 lagi zon kuning, manakala satu zon kuning di Kepulauan Seribu.

Riza mengingatkan bahawa jika disiplin masyarakat terhadap protokol kesihatan Covid-19 semakin buruk, zon merah Covid-19 mungkin akan muncul semula.

“Kita pasti akan kembali kepada zon merah jika kita tidak berdidiplin, dan jangan biarkan diri kita mencetuskan peningkatan jangkitan sekali lagi,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022
Lagi Dunia terkini
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
5 jam lalu · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
7 jam lalu · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
18 jam lalu · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok