Tiada lagi ujian PCR Covid-19 sebaik tiba di Indonesia

Ujian PCR tidak lagi diperlukan bagi pengembara yang masuk ke Indonesia dan lebih banyak lapangan terbang bakal dibuka bagi Visa Sebaik Tiba (VOA) kepada pelancong.

Pengumuman tersebut terpakai buat semua pelancong yang tiba di Medan, Jakarta, Bali, Batam, Bintan, Yogjakarta, Manado, Makassar dan Lombok.

Bagaimanapun, semua pengunjung perlu mengemukakan surat kelulusan visa B211A atau memohon VOA, ia bergantung kepada kewarganegaraan seseorang individu tersebut.

Kemas kini mengenai VOA boleh didapati di bawah;

Bukti fizikal atau digital dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan pelawat sudah divaksin sepenuhnya sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas (tiada penggalak diperlukan);

Kanak-kanak di bawah 18 tahun dikecualikan daripada peraturan ini (sebelum ini di bawah 12 tahun). Ia mengikut peruntukan yang dikenakan ke atas ibu bapa atau penjaga mereka;

Pengembara perlu mengemukakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon pintar seseorang dan mengisi e-Hac Indonesia dalam aplikasi (aplikasi PeduliLindungi tersedia untuk dimuat turun pada peranti Apple dan Android);

Menyediakan bukti satu ujian PCR negatif yang diambil di negara asal tidak melebihi 48 jam sebelum berlepas;

Bukti pemilikan insurans kesihatan yang melindungi Covid-19.

Tiada perlindungan minimum dinyatakan dalam peraturan terkini tetapi disyorkan perlindungan minimum sebanyak AS$25,000 (atau setara dalam mata wang lain);

Semasa ketibaan, tiada lagi ujian PCR atau kuarantin diperlukan jika suhu badan di bawah 37.5 darjah Celsius.

Pengunjung boleh menikmati perjalanan ke seluruh Indonesia selepas melalui imigresen dan pengumpulan bagasi;

Ujian PCR ke-2 hanya diperlukan jika suhu pelawat melebihi 37.5 darjah Celsius.

BERITA BERKAIT
POPULAR