Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand

June 24, 2022 · Dunia

Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.

Langkah itu diambil berikutan situasi Covid-19 di negara itu bertambah baik dan kerajaan menarik balik peraturan pemakaian pelitup muka berkuat kuasa serta merta, memetik pengumuman yang diterbitkan dalam Warta Diraja, lapor Bernama.

“Pemakaian pelitup muka kini adalah secara sukarela,” menurut pengumuman itu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Awam menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak atau di tempat yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Thailand mula menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di tempat awam termasuk di luar rumah, sejak pertengahan 2021 untuk mengekang penularan Covid-19.

Menurut pengumuman itu kumpulan rentan dan berisiko tinggi termasuk mereka berumur 60 tahun ke atas, wanita hamil, penghidap kanser, diabetes, penyakit kardiovaskular atau penyakit buah pinggang kronik adalah dinasihatkan untuk terus mengamalkan pemakaian pelitup muka.

Sementara itu, pusat hiburan termasuk pub, bar dan kedai makan dibenarkan beroperasi dan menjual minuman keras – sama ada sehingga tengah malam, pukul 1 pagi atau 2 pagi – dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Sebelum ini, pusat hiburan hanya boleh beroperasi dan menghidangkan minuman keras sehingga tengah malam.

Sepanjang 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 2,313 kes baharu Covid-19 dan 16 kematian. Sehingga kini, Thailand merekodkan 4,509,541 kes dan 30,559 kematian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok