Tiada kematian akibat jangkitan Omicron direkodkan: WHO

December 4, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sehingga kini pihaknya tidak merekodkan sebarang kes kematian melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron.

WHO bagaimanapun, masih mengumpulkan bukti lebih terperinci mengenai varian membimbangkan (VOC) itu apabila seluruh dunia sedang ‘berlumba-lumba’ mengambil tindakan untuk menghentikan penularannya.

Walaupun banyak negara sudah merekodkan jangkitan baharu berpunca daripada varian Omicron itu, namun tiada kematian dilaporkan kepada WHO.

“Saya belum mendapat laporan kematian berkaitan jangkitan Omicron. Kami masih mengumpulkan bukti dan akan terus mencari lebih banyak bukti.

“Terdapat banyak negara sedang melaksanakan ujian saringan dan melihat varian baharu ini secara spesifik, di mana akan menemui lebih banyak kes dan maklumat termasuk kemungkinan berlakunya kematian,” kata jurucakap WHO, Christian Lindmeier.

Ketika varian baharu ini sedang ‘menggoncang’ dunia, Lindmeier turut mengingatkan semua penduduk dunia supaya berwaspada dengan penularan varian Delta yang menyumbang 99.8 peratus jangkitan, seperti dimuat naik di Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) dengan spesimen yang dikumpul 60 hari lepas.

“Varian baharu ini mungkin semakin melonjak dan kita mungkin akan sampai ke peringkat di mana ia akan mengambil alih untuk menjadi varian dominan tetapi sekarang, varian Delta masih kekal dominan,” jelasnya.

Menurut Lindmeier, sekatan yang dilaksanakan di kebanyakan negara dalam tempoh dua minggu lalu menunjukkan penutupan kembali sektor ekonomi dan perlaksanaan perintah berkurung di beberapa negara.

“Dengan itu, pasar sempena sambutan hari Krismas juga turut ditutup di beberapa bahagian di negara Eropah akibat kenaikan kes disebabkan varian Delta, iaitu sebelum varian Omicron dikesan.

“Jangan kita ambil sikap sambil lewa dengan keadaan ini,” tegasnya.

Lindmeier menggesa orang ramai untuk mengamalkan tindakan berjaga-jaga yang terbukti dapat melindungi diri daripada varian Delta termasuk Omicron. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok