Tiada bukti vaksin AstraZeneca punca darah beku

April 1, 2021 · Dunia

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) memaklumkan bahawa tiada bukti menunjukkan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 dihadkan di mana-mana populasi, selepas Jerman menangguhkan penggunaannya kerana bimbang pembekuan darah kepada penerima suntikan.

Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke berkata, agensinya yang berpangkalan di Amstedam meneruskan kajian terhadap kes baharu dan akan memberi penilaian selanjutnya minggu depan.

Selasa lalu, pakar vaksin bebas di Jerman mengatakan suntikan AstraZeneca tidak boleh diberikan secara rutin kepada individu di bawah usia 60 tahun kerana peningkatan kes pembekuan darah yang dilaporkan beberapa hari selepas divaksin.

Kerajaan Jerman kemudian mengikuti saranan itu dan mengatakan vaksin syarikat Britain-Sweden akan diutamakan untuk individu berusia 60 tahun ke atas, walaupun pengecualian dibuat setelah berunding dengan doktor.

Beberapa negara Eropah sebelum ini menghentikan penggunaan vaksin jenis itu kerana bimbang berlaku pembekuan darah penerimanya.

“Berdasarkan kepada pengetahuan saintifik terbaharu, tidak ada bukti yang menyokong pengehadan vaksin kepada mana-mana populasi,” katanya kepada wartawan, hari ini.

Katanya, penilaian yang dilakukan EMA berdasarkan kepada 62 kes pembekuan darah, termasuk 14 kematian di seluruh dunia yang dilaporkan kepada EMA pada 22 Mac lalu.

Pihak kesihatan Jerman mengatakan sehingga 29 Mac mereka menerima 31 laporan pembekuan darah di kepala penerima vaksin AstraZeneca dan daripada jumlah itu sembilan membabitkan kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
27 minit lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
6 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok