Tiada bukti saintifik najis lembu halang penularan Covid-19

May 13, 2021 · Dunia

Doktor di India memberi amaran terhadap amalan menggunakan najis lembu, kononnya akan menghalang penularan wabak Covid-19, dengan mengatakan tidak ada bukti saintifik mengenai keberkesanannya dan ianya berisiko menyebarkan penyakit lain.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan India dalam keadaan darurat, dengan 22.66 juta kes dan 246.116 kematian dilaporkan setakat ini.

Pakar mengatakan angka yang tepat mungkin lima atau 10 kali ganda lebih tinggi, dan rakyat di seluruh negara itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan katil hospital, oksigen dan ubat, menyebabkan ramai yang mati kerana tidak mendapat rawatan.

Di negeri Gujerat di barat India, sesetengah penduduk, terutama penganut Hindu percaya najis dan air kencing lembu disapu di seluruh tubuh mereka seminggu sekali, dengan harapan ianya dapat meningkatkan tahap imuniti atau membantu mereka pulih daripada Covid-19.

Dalam kepercayaan Hindu, lembu adalah simbol kehidupan dan dunia dan sejak berkurun lalu, penganut Hindu menggunakan najis lembu untuk membersihkan rumah mereka dan upacara sembahyang, kerana mempercayai ia mempunyai terapeutik dan antiseptik.

“Kami tahu… malah doktor juga datang ke sini. Kepercayaan mereka adalah bahawa terapi ini meningkatkan imuniti mereka dan mereka boleh pergi serta merawat pesakit tanpa rasa takut,” kata pengurus syarikat farmasi, Gautam Manilal Borisa yang mendakwa amalan itu menghindarkan beliau daripada jangkitan Covid-19.

Ketika menunggu najis dan campuran air kencing di badan mereka kering, mereka memeluk lembu dan berlatih yoga untuk meningkatkan tahap tenaga. Mereka kemudian dibasuh dengan susu atau dadih.

Doktor dan saintis di India serta di seluruh dunia telah berulang kali memberi amaran supaya orang ramai tidak menggunakan rawatan alternatif untuk Covid-19, dengan mendakwa ia boleh menyebabkan rasa tidak nyaman dan akan merumitkan lagi masalah kesihatan.

“Tidak ada bukti konkrit dari segi saintifik bahawa najis lembu atau air kencing lembu berkesan sebagai imuniti melawan Covid-19. Keseluruhannya ia berdasarkan kepada kepercayaan semata-mata.

“Terdapat juga risiko kesihatan membabitkan bau atau memakan dan meminum najis, malah penyakit lain akan menular dari haiwan kepada manusia,” kata Presiden Persatuan Perubatan India, Dr J A Jayalal. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok