Tiada bukti kanak-kanak, remaja sihat perlu dos penggalak: WHO

January 19, 2022 · Dunia

Tiada bukti pada masa ini bahawa kanak-kanak dan remaja yang sihat memerlukan dos penggalak vaksin Covid-19, kata Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan.

Bercakap pada taklimat media beliau berkata walaupun terdapat penurunan imuniti vaksin dari semasa ke semasa terhadap varian Omicron yang semakin merebak, lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk memastikan siapa yang memerlukan dos penggalak.

“Tiada bukti sekarang bahawa kanak-kanak yang sihat atau remaja berat memerlukan penggalak. Tiada bukti langsung,” katanya.

Israel dilaporkan mula menawarkan penggalak kepada kanak-kanak seawal 12 tahun, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini membenarkan penggunaan dos ketiga vaksin Pfizer dan BioNTech Covid-19 untuk remaja berumur 12 hingga 15 tahun.

Minggu lalu, Jerman menjadi negara terbaharu yang mengesyorkan semua kanak-kanak berumur antara 12 dan 17 tahun menerima suntikan penggalak Covid-19. Hungary juga telah berbuat demikian.

Swaminathan berkata kumpulan pakar tertinggi WHO akan bertemu akhir minggu ini untuk mempertimbangkan persoalan khusus berkaitan bagaimana dunia harus mempertimbangkan untuk memberi dos penggalak kepada populasi mereka.

“Matlamatnya adalah untuk melindungi mereka yang paling terdedah, untuk melindungi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit teruk dan meninggal dunia.

“Mereka adalah populasi warga emas, orang yang imunnya terjejas dengan keadaan asas, juga pekerja penjagaan kesihatan,” katanya.

Untuk minggu yang berakhir pada 6 Januari lalu, lebih daripada 580,000 kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak telah dilaporkan di AS, meningkat 78 peratus daripada minggu yang berakhir pada 30 Disember, menurut data terkini American Academy of Pediatrics. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok