Tiada air bersih di Tonga, New Zealand beri amaran baharu letusan

January 20, 2022 · Dunia

Letusan gunung berapi dasar laut Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai menyebabkan keseluruhan bekalan air bersih di negara Pasifik Selatan, Tonga, tercemar, tatkala New Zealand memberi amaran kemungkinan letusan baharu bakal menyusul.

“Bekalan air seluruh Tonga telah tercemar dan orang ramai bergelut untuk mengakses air bersih. Tanaman negara juga telah musnah,” lapor Duta China ke Tonga, Cao Xiaolin.

Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer (40 batu) di utara ibu kota Nuku’alofa di pulau utama Tongatapu, mula memuntahkan abu, wap, dan gas sejak pagi Jumaat lalu, sebelum meletus pada Sabtu.

Letusan gunung berapi kuat disusuli tsunami berhampiran Tonga menyebabkan “bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata pemimpin negara Pasifik itu pada Selasa.

Dalam kemas kini rasmi pertamanya sejak letusan gunung berapi itu, kerajaan Tonga mengesahkan tiga individu maut dan beberapa kecederaan lain, selain menggariskan skala kemusnahan yang luas.

Perdana Menteri Tonga, Siaosi Sovaleni berkata, semua rumah di Pulau Mango, di mana 36 penduduk tinggal, musnah.

Hanya dua rumah kekal di Pulau Fonoifua, dan kerosakan besar dilaporkan di Pulau Nomuka yang menempatkan 239 penduduk, katanya.

“Bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini melanda Tonga,” kata Sovaleni, sambil menambah “cendawan abu gunung berapi” meliputi semua 170 pulau di negara itu – dengan 36 daripadanya didiami – memberi kesan kepada keseluruhan lebih 100,000 penduduk.

Menurut pakar, letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai berkemungkinan merupakan kejadian terbesar yang direkodkan sejak Gunung Pinatubo meletus di Filipina pada 1991.

Pada Selasa, Kementerian Luar New Zealand memberi amaran dan menjangkakan gunung berapi itu akan meletus sekali lagi yang bakal mencetuskan gelombang tsunami.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan pemodelan oleh GNS Science, sebuah institut penyelidikan geologi New Zealand, kata kementerian itu.

“Senario yang paling berkemungkinan adalah untuk letusan berterusan dalam beberapa hari hingga minggu akan datang, dengan risiko tsunami berterusan ke Tonga dan New Zealand,” kata Kementerian Luar.

Letusan pada Sabtu menjana gelombang tsunami setinggi 49 kaki (15 meter) yang melanda pantai barat pulau utama Tonga, Tongatapu, dan pulau ‘Eua dan Ha’api. – Agensi

Berita berkaitan
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023· Dunia
Gunung berapi Filipina meletus lagi
June 12, 2022· Dunia
Letusan Anak Krakatau: Penduduk diarah waspada tsunami malam
April 26, 2022· Dunia
Berapa besar letusan gunung berapi dasar laut Tonga?
January 22, 2022· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok