Thailand uji peranti kesan Covid-19 daripada peluh ketiak

September 10, 2021 · Dunia

Bagi penjual di pasar Bangkok, ketiak yang berpeluh membasahi kemeja-T mereka ketika musim monsun yang lembap mungkin menjadi tanda-tanda kecil jangkitan Covid-19, kata saintis tempatan.

Sehubungan itu, penyelidik dan saintis tempatan sedang membangunkan peranti mudah alih bagi mengesan virus melalui peluh ketiak, sementara ujian saringan mula dilakukan ke atas peniaga pasar makanan di Bangkok, minggu ini.

“Berdasarkan sampel peluh, kami mendapati badan individu yang dijangkiti Covid-19 akan mengeluarkan bahan kimia yang sangat berbeza daripada peluh individu yang sihat.

“Peranti yang bakal dihasilkan melalui penemuan ini akan dapat mengesan bau tertentu yang telah dihasilkan oleh bakteria tertentu di setiap titisan peluh pesakit Covid-19,” kata pensyarah Jabatan Kimia Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Dr Chadin Kulsing.

Ujian itu mencapai ketepatan sehingga 95 peratus dan ia dapat digunakan sebagai alternatif mampu milik menggantikan ujian calitan yang lebih mahal dan memerlukan proses saringan di makmal.

Bagaimanapun, peranti berkenaan masih pada peringkat pembangunan dan kajian mengenainya masih belum diterbitkan atau mendapat penilaian rakan setara.

Sebelum ini, saintis melakukan ujian yang sama untuk mengesan bahan kimia beracun dalam udara.

Menggunakan peranti itu, individu akan meletakkan putik kapas di bawah ketiak seseorang selama 15 minit, sebelum menyapu peluh tersebut dan dimasukkan ke dalam botol yang kemudian akan disterilkan di bawah sinaran UV.

“Petugas kesihatan akan mengambil sampel peluh yang sesuai dengan mengunakan hos penyedut dan akan menekannya ke dalam alat penganalisis untuk memeriksa keputusannya. Pengumpulan sampel hanya memerlukan masa 15 minit dan keputusan akan diketahui dalam masa 30 saat,” jelas Dr Chadin.

“Ujian saringan menggunakan peluh ini lebih mudah dan cepat kerana saya dapat bekerja sambil menunggu keputusan dalam masa yang singkat. Kalau ujian PCR, saya terpaksa pergi ke pusat ujian, menunggu dan ini akan membuang masa saya untuk berniaga,” kata seorang penjual tembikai di pasar itu.

Sementara itu, Thailand hari ini melaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, 14,403 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan menjadikan kumulatif sebanyak 1,352,953 kes.

Pada masa sama negara itu turut melaporkan 189 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam itu menjadikan keseluruhan sejak penularan Covid-19 di negara itu awal tahun lalu kepada 15,610 pesakit. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Budak tiga tahun disembunyikan dalam peti sejuk beku selamat
37 minit lalu · Dunia
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
13 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
14 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022 · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok