Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat

September 25, 2022 · Dunia

Kerajaan Thailand akan menarik balik dekri kecemasan yang dikuatkuasakan pada Mac 2020 untuk memerangi Covid-19, kata pegawai setelah Bangkok semakin melonggarkan kebanyakan sekatan pandemik itu.

Mulai 1 Oktober, pelawat asing tidak lagi perlu menunjukkan bukti telah divaksin, dan individu yang didapati dijangkiti Covid-19 tidak perlu lagi dikuarantin.

Dekri darurat, yang telah diperbaharui berulang kali walaupun mendapat tentangan, tidak akan dilanjutkan pada akhir bulan ini, kata para pegawai.

Dekri itu, yang membenarkan kerajaan mengambil tindakan, seperti mengekang pergerakan, mengehadkan saiz orang ramai dan menutup premis swasta, juga digunakan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.

“Trend keseluruhan situasi Covid di peringkat global bertambah baik. Jumlah kes baharu dan kematian menurun,” kata jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand, Taweesin Visanuyothin.

Pusat itu juga akan menghentikan operasi dan dibubarkan, tambahnya.

“Pada masa ini, orang ramai dan premis perniagaan boleh bergerak ke hadapan dengan aktiviti ekonomi,” kata Taweesin.

Perubahan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan Awam menurunkan status Covid-19 daripada penyakit berjangkit berbahaya kepada penyakit berjangkit di bawah pengawasan.

Pusat itu melaporkan 752 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dan sembilan kematian. Ia berkata peratusan katil hospital yang diperuntukkan untuk pesakit Covid-19 yang diduduki telah jatuh kepada 8.3 peratus daripada 15.8 peratus pada Julai.

“Kami mungkin mempunyai gelombang kecil selepas ini. Dan kami akan meminta orang ramai untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan am, termasuk terus memakai pelitup muka di khalayak, walaupun ia tidak akan diwajibkan,” kata Taweesin.

Industri pelancongan Thailand yang besar dan menguntungkan telah dimusnahkan oleh langkah tempatan dan seluruh dunia untuk membendung wabak itu.

Setakat tahun ini, sektor pelancongan telah menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong asing dengan 5.2 juta pelawat setakat ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok