Thailand siasat pesawat Thai AirAsia mendarat di landasan salah

May 25, 2022 · Dunia

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden pada 4 Mei itu namun, CAAT menilai kejadian itu sebagai serius.

Menurut kenyataan CAAT, pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Ranong pada jam 12.43 tengah hari (waktu tempatan) dan mendarat di landasan 21L Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 1.36 tengah hari (waktu tempatan), dan bukan di landasan 21R seperti dijadualkan.

Satu jawatankuasa penyiasatan di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka menyelesaikan siasatan dalam tempoh 30 hari, lapor Bernama yang memetik akhbar The Nations.

Media tempatan melaporkan dua juruterbang telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan.

Menurut CAAT, Aeronautical Radio of Thailand (Aerothai), syarikat penerbangan dan agensi berkaitan sudah diarah menyerahkan laporan pengurusan keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sebaik jawatankuasa penyiasatan menyerahkan laporan, CAAT akan menganalisis data dan menyediakan langkah pencegahan,” jelas CAAT.

Mendarat di landasan salah atau tidak ditetapkan boleh menyebabkan kemalangan.

Pada 1979, Penerbangan 2605 Western Airlines terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City selepas mendarat di landasan yang ditutup untuk diselenggara, mengorbankan 72 daripada 89 penumpang dan seorang pekerja penyelenggaraan landasan.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Pengasas syarikat penerbangan, isteri dan anak direman empat hari
October 18, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok