Thailand sedia terima pelancong mulai Isnin, kes Covid-19 lebih 9,000

October 30, 2021 · Dunia

Enam Lapangan Terbang Thailand (AoT) sedang melakukan persiapan terakhir untuk menerima kehadiran pelancong asing apabila negara itu bakal dibuka semula mulai Isnin ini.

Menurut Bangkok Post, sebanyak 30,000 penumpang dijangka bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Lima lagi lapangan terbang antarabangsa yang terlibat ialah Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Mae Fah Luang–Chiang Rai dan Hat Yai.

Presiden AoT, Nitinai Sirismatthakarn memaklumkan penyediaan teknologi baharu sudah ditempatkan di enam lapangan terbang tersebut sebagai penyesuaian dengan keadaan norma baharu.

Sementara itu, semua kakitangan lapangan terbang juga sudah diberikan suntikan dos penggalak untuk meningkatkan tahap imuniti bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Jelasnya, semua agensi terlibat seperti pejabat kuarantin lapangan terbang, imigresen dan kastam sudah menjalankan latihan khas untuk mencegah penularan virus di pusat pemeriksaan.

Beliau memberitahu, data trafik udara turut menunjukkan lapangan terbang Suvarnabhumi sudah melakukan persediaan laluan untuk menerima kira-kira 440 penerbangan, membabitkan 230 domestik, 110 antarabangsa dan 100 kargo bermula Isnin ini.

“Semua penerbangan itu dianggarkan akan menggunakan hampir 30 peratus kapasiti lapangan terbang itu, dengan kira-kira 30,000 penumpang termasuk 7,000 daripadanya melibatkan penerbangan antarabangsa,” jelasnya.

Katanya, AoT sudah menyediakan lebih 196 kiosk layan diri (CUSS) untuk membantu penumpang mendaftar masuk di lapangan terbang dan 42 kiosk penurunan beg guna biasa (CUBD).

Penumpang boleh mendaftar masuk dalam tempoh enam ke 12 jam sebelum berlepas menggunakan aplikasi syarikat penerbangan itu, serta di kiosk itu juga akan memaparkan kedudukan tempat duduk secara maya bagi memudahkan penumpang memilih tempat duduk dalam pesawat lebih awal dan penumpang boleh menggunakan CUBD untuk pengurusan bagasi mereka.

“Selain itu, AoT turut merancang untuk memindahkan penumpang dari bangunan terminal utama ke bangunan SAT-1 yang baharu dibuka agar sasaran bagi menampung lebih 30 juta penumpang setahun dapat direalisasikan.”

Dalam tempoh 24 jam hari ini Thailand melaporkan 9,224 kes baharu dengan 88 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan angka kumulatif di negara itu terus meningkat ke 1.9 juta kes dengan lebih 19,158 orang korban. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok