Thailand sasar sejuta dos sehari, mahu buka sektor pelancongan

September 26, 2021 · Dunia

Thailand meletak sasaran sejuta dos suntikan vaksin Covid-19 sehari bagi meningkatkan jangkauan vaksinasi negara itu supaya dapat membuka kembali sektor pelancongannya kepada pelancong lengkap divaksin.

Pemberian vaksin tersebut termasuk tambahan suntikan dos penggalak kepada penerima dua dos vaksin keluaran Sinovac Biotech.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul memaklumkan Thailand dijangka akan menerima 15 juta dos vaksin Covid-19 bulan ini dan sebanyak 20 juta vaksin tambahan pada bulan hadapan.

“Pihak kami berharap dapat memberikan satu juta dos suntikan vaksin sehari termasuk suntikan vaksin penggalak,” katanya.

Sehingga kini, Thailand sudah memberikan hampir 600,000 ke 800,000 dos vaksin sehari.

Thailand menetapkan sasaran untuk menyuntik hampir 4.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menerusi vaksin Pfizer Biotech menjelang Oktober ini.

Sejak 28 Februari lalu, Thailand sudah memberikan kira-kira 47.3 juta dos vaksin kepada rakyatnya sejak program itu diperkenalkan.

Sehingga hari ini, kes jangkitan Covid-19 di negara itu menunjukkan penurunan dibawah angka 12,000 sehari.

Dalam tempoh 24 jam, Thailand merekodkan 12,353 kes baharu dan kematian seramai 125 orang, menjadikan angka jangkitan mencecah hampir 1.6 juta dengan 16,268 kematian akibat Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok