
Thailand.
Thailand menyasarkan kira-kira 5 juta hingga 15 juta kemasukan pelancong asing tahun ini datang melawat susulan kelonggaran sekatan perjalanan yang dilaksanakan pemerintah negara itu.
Kerajaan Thailand tidak lagi mengenakan ujian wajib Covid-19 sebaik tiba di negara itu mulai 1 Mei, langkah terbaharu diambil bagi tujuan memulihkan sektor pelancongan negara itu.
Untuk rekod, sektor pelancongan menyumbang kira-kira 12% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Asia Tenggara itu.
Pelancong dijangka membelanjakan antara 630 bilion baht ($18.35 bilion) dan 1.2 trilion baht tahun ini, kata jurucakap kerajaan Thailand, Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan dengan memetik unjuran Pihak Berkuasa Pelancongan negara itu.
Jumlah pelancong dijangka meningkat dengan ketara sebanyak 428,000 orang pada 2021, tetapi jumlah itu masih jauh daripada sebelum ini sebanyak 40 juta pelancong pada 2019 yang membelanjakan kira-kira 1.91 trilion baht.
Dari Januari hingga April, Thailand menerima 742,386 pelancong asing dan jumlah itu dijangka meningkat dengan ketara, kata Thanakorn.
Semasa mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, pasukan petugas ekonomi meluluskan lanjutan bantuan bagi industri pelancongan domestik hingga September mulai Mei, termasuk subsidi kerajaan.
Pelancongan domestik dijangka menjana kira-kira 660 bilion baht tahun ini kepada ekonomi Thailand, kata Thanakorn.
Industri pelancongan, bagaimanapun, mungkin tidak dapat kembali ke tahap semasa pra-pandemik sehingga 2026, menurut Gabenor Bank Thailand, Sethaput Suthiwartnarueput.