Thailand rekod kes tertinggi dua hari berturut-turut

August 13, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini melaporkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara itu terus meningkat dua hari berturut-turut menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 863,189 kes.

Dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 23,418 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 22,782 yang dicatatkan semalam.

Data kementerian itu juga menunjukkan kes kematian turut meningkat kepada 184 pesakit, berbanding 147 kes semalam, menjadikan keseluruhannya 7,126 pesakit Covid-19 meninggal dunia.

Sejak awal bulan ini, purata jumlah jangkitan harian Covid-19 di Thailand telah mencecah hampir 20,000 kes setiap hari.

Namun, seorang penasihat kanan Kementerian Kesihatan Awam Thailand memaklumkan jumlah jangkitan tersebut mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan secara rasmi.

“Saya yakin jumlah jangkitan yang anda lihat setiap hari adalah angka tertinggi yang dapat kami berikan berdasarkan kemampuan ujian saringan yang dijalankan,” kata penasihat yang meminta tidak disebutkan namanya.

Sebilangan besar dari jumlah kes harian tersebut adalah hasil daripada keputusan daripada orang yang datang untuk melakukan ujian saringan, ini kerana tiada program ujian saringan massa secara besar-besaran yang dilakukan kepada semua rakyat di negara itu, katanya.

“Sekiranya kita mengambil kira pesakit tanpa gejala yang mungkin tidak tahu bahawa mereka dijangkiti Covid-19, selain kekurangan kapasiti untuk ujian saringan yang sangat terhad, pasti jumlah kes jangkitan harian jauh lebih tinggi,” jelasnya.

Akibat 20,000 kes jangkitan sehari, sistem penjagaan kesihatan Thailand berada pada tahap kritikal di mana hospital dipenuhi pesakit dan kontena sejuk beku terpaksa disewa bagi menempatkan mayat.

“Salah satu cara yang dapat mengatasi krisis ini adalah dengan mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada semua rakyat. Bagaimanapun, kita perlu hidup dalam norma baharu kerana wabak Covid-19 mungkin tidak akan hilang sepenuhnya, walaupun sudah diberikan vaksin,” katanya.

Isnin lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) meningkatkan peringkat ancaman Covid-19 di Thailand dari ‘risiko tinggi’ menjadi ‘sangat tinggi’. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok