Thailand rekod kes melebihi 21,000 enam hari berturut-turut

August 16, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini melaporkan sebanyak 21,157 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan 182 kes kematian akibat Covid-19 – enam hari berturut-turut, merekodkan jangkitan harian melebihi 21,000.

Daripada jumlah itu 20,499 kes adalah jangkitan yang melibatkan populasi umum dan 658 kes banduan.

Kementerian itu juga melaporkan 20,984 pesakit disahkan sembuh hari ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan 64 kes kematian direkodkan di Bangkok dan manakala selebihnya di wilayah lain seperti Samut Prakan, Samut Sakhon, Nonthaburi, Pathum Thani dan Nakhon Pathom.

Ibu kota Bangkok yang diletakkan di bawah sekatan dan penutupan pula merekodkan 4,324 kes baharu, Samut Sakhon sebanyak 1,869 kes dan diikuti Chon Buri dan Samut Prakan masing-masing mencatat 1,223 kes dan 1,147 kes.

Jurucakap CCSA, Dr Taweesilp Visanuyothin memaklumkan jangkitan baharu yang tersebar ini diimport dari wilayah lain dan terus merebak ke timur laut, manakala bagi wilayah lain hanya melibatkan penularan tempatan.

Katanya, penularan Covid-19 di wilayah Ubon Ratchathani, Sri Sa Ket dan Udon Thani pula disebabkan kes import oleh pesakit dari wilayah lain.

Peningkatan kes di semua wilayah tersebut timbul setelah kerajaan negara itu mengarahkan pesakit untuk pulang di Bangkok pulang ke wilayah masing-masing untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Phuket menyambung penutupan dan sekatan Covid-19 yang merangkumi pengasingan dari pulau ke tempat lain, bermula esok sehingga 30 Ogos ini kerana jumlah penularan masih meningkat.

Gabenor Phuket, Narong Woonciew dilaporkan bersetuju menandatangani perintah pemyambungan sekatan itu.

Narong memaklumkan bahawa Phuket akan mengetatkan dan memperluaskan kawalan di pintu masuk sempadannya bagi menghalang penduduk dari wilayah lain memasuki pulau itu. Sekatan juga dilakukan melalui laluan udara dan laut.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada sektor perubatan kecemasan, penghantaran peralatan perubatan, penghantaran bahan api, barang pertanian, makanan haiwan dan ternakan serta bekalan pembinaan, mesin dan penyelenggaraan bekalan. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok