Thailand rekod kematian tertinggi akibat Covid-19 hari ini

July 15, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di Thailand hari ini meningkat kepada 9,186 kes dan menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 372,215 kes.

Pada masa sama negara itu juga merekodkan 98 kematian akibat jangkitan Covid-19, tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kematian telah meningkat sebanyak 3,032 kes.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan kematian baharu itu membabitkan 61 lelaki dan 37 wanita berusia antara 27 hingga 108 tahun, termasuk 96 warga tempatan dan masing-masing seorang rakyat Myanmar dan Jepun.

Bangkok melaporkan 51 kematian diikuti Samut Prakan (14), Nakhon Pathom (tujuh), Pathum Thani (lima), Nakhon Ratchasima (tiga) dan masing-masing dua di Ubon Ratchathani, Udon Thani, Narathiwat dan Tak.

Daripada 9,186 kes baharu, 9,164 adalah jangkitan tempatan dan 22 kes import.

Sementara itu, Thailand merancang mengehadkan eksport vaksin Covid-19 AstraZeneca yang dihasilkan dalam negara memandangkan negara itu sendiri sedang bergelut melawan pandemik sejak April.

Rancangan itu dijangka akan menjejaskan bekalan vaksin ke negara seperti Malaysia dan Indonesia.

Wakil Menteri Kesihatan, Sathit Pitutacha memaklumkan pihak AstraZeneca hanya mampu mengeluarkan 15 juta dos vaksin bagi setiap bulan di pusat pengeluarannya di Thailand dan kapisiti pengeluaran ini akan terus dipertingkatkan.

Pengarah Institut Vaksin Negara Nakorn Premsri pula berkata rancangan mengehadkan kuota eksport vaksin itu secara dasarnya telah dipersetujui pada Rabu.

Sementara itu, AstraZeneca berkata syarikat berkenaan bekerjasama dengan kerajaan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Thailand untuk memastikan akses vaksin yang adil ke rantau ini kerana vaksin buatan Thailand amat penting kepada negara jiran yang turut berhadapan peningkatan mendadak kes.

Pengilang biofarmaseutikal Siam Bioscience Co. Ltd mempunyai perjanjian bagi menghasilkan 180 juta dos vaksin AstraZeneca tahun ini dengan 61 juta dos untuk Thailand dan bakinya diedarkan ke negara rantau Asia Tenggara yang telah membuat perjanjian.

Pada Jun, beberapa negara termasuk Taiwan, Malaysia dan Filipina mendakwa lewat menerima vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Thailand.

AstraZeneca memberikan enam juta dos seperti dijanjikan kepada Thailand pada Jun dan dijangka menyediakan jumlah yang sama pada Julai, kurang daripada sasaran 10 juta dos. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok