Thailand rekod 18,501 kes baharu, 229 kematian

August 26, 2021 · Dunia

Jiran Malaysia, Thailand hari ini melaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi terdapat 18,501 jangkitan baharu dan 229 kematian direkodkan di seluruh negara itu.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan jumlah itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 1,120,869 kes, manakala kematian pula sebanyak 10,314 kes.

Sementara itu satu kajian awam mendapati 26.8 peratus penduduk di zon merah gelap Covid-19 di negara itu tidak memakai pelitup muka atau memakainya dengan cara yang tidak betul.

Kajian oleh kementerian itu bermula 19 Julai hingga 20 Ogos lalu membabitkan 6,087 responden mendapati 98.1 peratus memakai pelitup muka di tempat awam; kerap mencuci tangan (94.3%); kekal penjarakan fizikal (91.7%); memeriksa suhu badan apabila memasuki mana-mana premis (91%); dan menggunakan aplikasi semakan pergerakan (64.4%).

Kajian itu juga mendapati 73.2 peratus penduduk di zon berkenaan memakai pelitup muka dengan betul, manakala 26.8 peratus lagi tidak memakai atau memakainya dengan cara tidak betul.

Ketua Pengarah kementerian itu, Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai berkata, virus dapat merebak dengan cepat melalui zarah-zarah cair kecil, yang boleh datang daripada ingus atau air liur ketika seseorang batuk atau bersin.

“Bagaimanapun, risiko itu dapat dikurangkan dengan ketara jika semua orang memakai topeng atau memakainya dengan betul,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
Lagi Dunia terkini
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
2 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
2 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
16 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok