Thailand rancang buka semula Bangkok kepada pelancong asing

September 11, 2021 · Dunia

Pelancong asing yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 akan dibenar memasuki wilayah Bangkok apabila ibu kota Thailand itu dibuka semula sepenuhnya mulai bulan depan.

Sebelum ini, industri pelancongan di Thailand telah menyumbangkan hampir seperlima pendapatan negara namun, sejak sekatan perjalanan dilaksanakan untuk mencegah penularan Covid-19, ia menunjukkan penurunan kehadiran pelancong asing sekali gus menjadi penyumbang terburuk buat ekonomi Thailand sejak 20 tahun lalu.

Sehubungan itu, bagi menyelamatkan ekonomi dan industri pelancongannya, kerajaan Thailand bertekad membuka kembali negara itu dalam keadaan gelombang ketiga penularan Covid-19 semakin buruk.

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) semalam memaklumkan mulai 1 Oktober, semua pelancong asing yang telah menerima vaksin sepenuhnya akan dibenarkan mengunjungi Bangkok dan empat wilayah lain tanpa perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di hotel.

Sementara itu, lima wilayah lain termasuk Chiang Mai, Chon Buri, Phetchaburi dan Prachuap Khiri Khan akan melaksanakan program menarik pelancong yang sama seperti di Phuket, di mana program ‘sandbox’ akan diperkenalkan.

Di bawah program ini, pelancong yang tiba di wilayah itu akan dibenarkan menetap di kawasan tertentu selama tujuh hari setelah tiba dan ujian saringan Covid-19 akan dilakukan terhadap mereka.

Selain itu, mulai Oktober ini, terdapat 21 destinasi lain yang akan dimasukkan ke dalam program itu termasuk Chiang Rai, Sukhothai dan kawasan percutian tepi laut yang popular iaitu Rayong.

Tiga pulau lain seperti Samui, Tao dan Phangan akan turut dibuka semula dengan beberapa sekatan akan dilaksanakan.

Walaupun gelombang ketiga ini masih belum reda sepenuhnya, terdapat pendapat dari beberapa agensi pelancongan yang telah memberi amaran bahawa rancangan ini boleh berubah dari semasa ke semasa.

Pada 2020, Thailand masih mampu mengawal jangkitan Covid-19, namun sejak April lalu, varian Delta telah menular sehingga kes positif di negara itu kini melebihi 1.3 juta dengan hampir 14,000 kematian dilaporkan.

Sebelum ini, hampir 29,000 pelancong antarabangsa yang divaksin sepenuhnya mengunjungi Pulau Phuket menerusi program ‘sandbox’ dan Thailand mampu menjana pendapatan sebanyak AS$50 juta, kata jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana.

Semalam, Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan 14,403 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam manakala 189 pesakit meninggal dunia.

Angka kumulatif kes positif di negara itu telah mencecah pada 1,352,953 dengan 13,920 kes kematian yang direkodkan sejak Mac tahun lalu. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
8 jam lalu · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok