Thailand perkenal pelan suntikan dua jenis vaksin Covid-19 berlainan

August 18, 2021 · Dunia

Thailand bakal membeli 12 juta dos tambahan vaksin Sinovac untuk memperkemaskan strategi baharu ‘campur dan padan’ walaupun terdapat kebimbangan mengenai keberkesanannya untuk melawan varian Delta Covid-19.

Strategi ini akan mencampurkan vaksin AstraZeneca dan Sinovac bagi dos pertama dan kedua, dalam usaha mempercepatkan program vaksinasi di kalangan lebih 66 juta penduduknya.

Vaksin AstraZeneca dikeluarkan Siam Bioscience Co Ltd. Walaupun dikeluar di negara itu, Thailand turut berdepan masalah bekalan vaksin berkenaan kerana jumlah pengeluaran yang terhad.

Thailand sebelum ini melancarkan kempen vaksinasi besar-besaran pada Jun lalu, tetapi pelaksanaannya tergendala susulan gelombang baharu Covid-19 yang didorong penularan varian Delta sehingga jangkitan baharu dan kematian semakin meningkat dan membebankan sistem kesihatan negara itu.

Data kerajaan menunjukkan hanya 7.3 peratus daripada jumlah populasi negara itu menerima sepenuhnya suntikan.

Campuran dan padanan kedua-dua jenis vaksin itu dikatakan dapat memberi perlindungan terhadap jangkitan varian Delta, di mana Sinovac akan digunakan bagi suntikan pertama dan AstraZeneca dos kedua.

Thailand adalah negara pertama mengumumkan akan menggunakan kombinasi kedua-dua vaksin berkenaan.

“Suntikan dos pertama Sinovac dan diikuti dos kedua AstraZeneca secara relevannya dapat meningkatkan imuniti tubuh badan seseorang,” kata Dr Chawetsan Namwat, Pengawai Kesihatan Kanan di Jabatan Kawalan Penyakit.

Sebelum ini, Thailand telah menggunakan vaksin Sinovac kepada kumpulan pertama melibatkan pegawai perubatan dan kakitangan kerajaan di pulau peranginan Phuket.

Melalui kajian yang dijalankan ke atas pengawai perubatan dari Mei hingga Julai, mereka yang menerima dua dos suntikan Sinovac hanya memperoleh 72 peratus perlindungan terhadap jangkitan dan 98 peratus perlindungan akibat gejala teruk dan kematian.

“Vaksin Sinovac yang digunakan di Thailand sangat berkesan untuk melawan varian baharu ini dan ia masih relevan untuk digunakan,” kata Dr Taweesap Sriprapasiri dari Jabatan Kawalan Penyakit. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok