Thailand larang siar laporan cetus ketakutan walaupun berita benar

July 31, 2021 · Dunia

Thailand mengenakan larangan penyebaran sebarang berita yang boleh ‘menimbulkan ketakutan masyarakat’, walaupun sekiranya laporan berkenaan benar, tatkala pegawai kerajaan berdepan kritikan berkaitan cara mereka menangani pandemik Covid-19.

Semalam, kerajaan memperketatkan lagi dekri darurat yang berkuat kuasa sejak lebih setahun lalu yang menyasarkan berita tidak benar.

Bagaimanapun sekatan terbaharu itu melarang orang ramai menyebarkan ‘maklumat yang menyebabkan ketakutan masyarakat’, atau daripada berkongsi ‘maklumat yang diputarbelitkan yang menyebabkan salah faham yang memberi kesan kepada kestabilan negara’.

Peraturan itu mendapat kritikan daripada kumpulan media dan pakar hak asasi yang berpendapat tindakan berkenaan untuk menutup laporan negatif.

Penyelidik kanan Thailand di bahagian Human Rights Watch Asia, Sunai Phasuk menyifatkannya sebagai ‘pukulan serius’ terhadap kebebasan media di negara itu.

“Saya rasa kerajaan telah menyedari mereka berdepan krisis kredibiliti kerana tindak balas buruk terhadap situasi Covid-19, namun di sebalik usaha mencari penyelesaian lebih baik, kerajaan memilih untuk menyekat orang ramai daripada bercakap mengenai kegagalan mereka.

“Peraturan yang diisytiharkan itu tidak mementingkan ketepatan atau sama ada betul atau salah,” kata Sunai.

Di bawah peraturan itu, jika kandungan palsu disebarkan dalam talian, pengawal penyiaran negara akan menghubungi penyedia perkhidmatan internet untuk mengenal pasti alamat ISP individu dan menyekat akses internet mereka.

Penyedia perkhidmatan internet yang tidak mematuhi akan dianggap melanggar syarat-syarat lesen operasi mereka, dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

Sunai berkata, dia bimbang tindakan itu akan digunakan terhadap wartawan berita dalam talian dan pengkritik yang lebih banyak menggunakan media sosial untuk berkongsi berita dan komen politik yang tidak menyokong kerajaan.

Peraturan baharu itu muncul tatkala kerajaan Thailand berjuang mengekang lonjakan terburuk Covid-19 di seluruh negara hingga menggugat sistem kesihatan dan menyebabkan kesengsaraan di sektor ekonomi.

Kerajaan Thailand dikritik hebat susulan pelaksanaan imunisasi yang perlahan di mana hanya lima peratus daripada 66 juta populasinya sudah menerima sepenuhnya suntikan vaksin. Gambar mangsa Covid-19 meninggal dunia di jalan disiarkan dalam media sosial mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri Thailand turut memberi amaran mana-mana pihak yang melanggar arahan dan peraturan baharu itu akan dikenakan sama ada denda atau penjara.

Semalam, Thailand merekodkan 17,345 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dan 117 kematian. Jumlah kematian di seluruh Thailand kini meningkat kepada 4,679 meningkat berbanding kira-kira 100 kes pada empat bulan lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok