Thailand lapor kes tinggi dua hari berturut-turut

July 27, 2021 · Dunia

Dua hari berturut-turut Thailand merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 dengan yang terbaharu sebanyak 15,376 semalam tatkala kerajaan dikritik kerana program vaksinasi yang perlahan berbanding negara-negara jiran.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di Thailand sebanyak 512,678 kes, selain laporan bahawa 87 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian menjadi 4,146.

Setelah berjaya mengurangkan kes Covid-19 itu hampir sepanjang tahun lalu, pihak berkuasa Thailand kini berdepan kesukaran menangani gelombang baharu disebabkan penularan varian Delta yang didapati mudah tersebar dan berjangkit.

Thailand menyasar untuk menyuntik 50 juta rakyatnya menjelang akhir tahun ini, tetapi setakat ini hanya 5.6 peratus daripada lebih dari 66 juta penduduknya melengkapkan dua dos vaksin, sementara 18.94 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Strategi vaksin di negara itu sangat bergantung pada dos AstraZeneca yang dihasilkan oleh syarikat Thai Siam Bioscience, tetapi penghantaran berdepan kelewatan.

Ribu individu berusia lebih 60 tahun, wanita hamil dan mereka yang berdepan masalah obesiti, semalam, beratur panjang di stesen kereta api di pusat bandar Bangkok bagi mendapatkan vaksin.

Selain itu, kerajaan Thailand juga turut mengambil inisiatif dengan melaksanakan langkah sekatan dengan lebih ketat di ibu kota Bangkok dan 12 wilayah lain yang berisiko tinggi, serta menangguhkan penerbangan domestik dan menguatkuasakan perintah berkurung mulai jam 9 malam hingga 4 pagi. – Agensi

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok