Thailand lapor kematian pertama akibat varian Omicron

January 16, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand (PHM) hari ini melaporkan kes kematian pertama akibat jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron.

Kematian melibatkan seorang wanita berusia 86 tahun dari Songkhla di wilayah selatan negara itu.

Disember lalu, Thailand mengesan kes pertama membabitkan Omicron menyebabkan kerajaan mengenakan semula kuarantin wajib kepada semua pelawat asing.

Wanita itu adalah pesakit Alzheimer yang terbaring di atas katil,” kata jurucakap PHM, Rungrueng Kitphati kepada Reuters.

Kematian seperti itu telah dijangka kerana Thailand setakat ini telah melaporkan lebih 10,000 kes Omicron, katanya, sambil menambah bahawa negara itu tidak memerlukan langkah pembendungan lanjut.

Thailand melaporkan 8,077 jangkitan baharu dan sembilan kematian pada Ahad, menjadikan kumulatif sejak awal 2020 lalu meningkat lebih 2.3 juta kes dan hampir 22,000 kematian.

Kira-kira 66 peratus daripada anggaran 72 juta populasi negara itu telah menerima dua dos vaksin Covid-19, dan kira-kira 14.9 peratus telah menerima suntikan penggalak. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok