Thailand lapor 8,263 kes baharu

January 8, 2022 · Dunia

Ketika terus memperketatkan lagi sekatan protokol kesihatan bagi mengekang penularan Covid-19, Thailand menyaksikan peningkatan kes baharu daripada 7,526 pada Jumaat kepada 8,263 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand berkata daripada jumlah jangkitan baharu itu, 7,802 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 110 dalam kalangan banduan penjara.

Sejak pandemik melanda negara itu pada awal 2020, Thailand merekodkan 2,261,039 kes positif, dengan 2,191,262 pesakittelah sembuh, dan 21,813 kes kematian.

Lonjakan kes di negara itu bermula ketika gelombang ketiga 1 April tahun lalu, yang turut menyaksikan 21,719 pesakit meninggal dunia.

Jangkitan harian tertinggi pernah direkodkan ialah sebanyak 23,418 kes pada 13 Ogos 2021, manakala kematian tertinggi dicatat pada 18 Ogos membabitkan 312 pesakit.

Sehingga kini lebih 105.95 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Thailand, dengan 64.8 peratus telah lengkap divaksinasi, 71.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 10.8 peratus menerima suntikan dos penggalak.

Semalam, negara itu mengumumkan pelaksanaan lebih banyak sekatan dan langkah pencegahan, termasuk melanjutkan penggantungan program kemasukan “Test& Go” tanpa kuarantin, sehingga diberitahu kelak, dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, sekatan itu tidak akan menjejaskan pemegang Pas Thailand kerana mereka masih boleh masuk ke negara itu tanpa menjalani kuarantin sehingga 15 Jan.

Menurutnya permohonan baharu untuk program kuarantin “Test & Go” tidak akan diluluskan sehingga notis selanjutnya.

“Kami akan melakukan perubahan jika keadaan samakin baik,” katanya.

Mulai 22 Disember lalu, Thailand menghentikan program kemasukan bebas kuarantin “Test & Go” serta kebanyakan program “sandbox” kecuali “Phuket Sandbox” dalam usahanya untuk menghalang penyebaran varian Omicron.

Sementara itu, Dr Taweesin berkata program “sandbox” akan diperluas ke pulau peranginan lain – Koh Phang-nga, Krabi, Koh Samui, Koh Tao dan Koh Phangan (wilayah Surat Thani), mulai 11 Januari.

Di bawah program “sandbox”, pelancong dibenarkan bergerak dengan bebas tetapi perlu kekal di lokasi tertentu selama tujuh hari sebelum melancong ke wilayah lain.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat CCSA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok