Thailand lanjut darurat, tempoh kuarantin dipendekkan 7 hari

September 27, 2021 · Dunia

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) hari ini melanjutkan lagi perintah darurat Covid-19 di seluruh negara itu sehingga akhir November, tetapi memendekkan tempoh perintah berkurung pada waktu malam mulai 1 Oktober.

Pada masa sama CCSA turut meluluskan tempoh kuarantin mandatori bagi individu lengkap divaksinasi kepada tujuh hari berbanding 14 hari sebelum ini, mulai Jumaat depan.

Bagaimanapun, individu yang tidak divaksinasi dan tiba di negara itu kekal menjalani tempoh kuarantin antara 10 hingga 14 hari.

CCSA juga bersetuju perintah berkurung di Bangkok dan zon merah gelap di beberapa wilayah lain dipendekkan sejam bermula 10 malam hingga 4 pagi, berbanding 9 malam hingga 4 pagi sekarang ini.

Thailand mula melaksanakan perintah darurat Covid-19 di beberapa zon panas sejak Mac, setelah jangkitan meningkat. Perintah itu dilanjutkan beberapa kali dalam usaha mengekang penularan varian Delta.

CCSA dalam mesyuaratnya hari ini juga membuat keputusan pembukaan semula 10 wilayahnya mulai November depan.

Sepuluh wilayah itu membabitkan Bangkok; Krabi; Phang Nga; Prachuap Khiri Khan (Hua Hin dan Nong Gae); Phetchaburi (Cha-am); Chon Buri (Pattaya, Bang Lamung, Jom Thien, Bang Sare); Ranong (Koh Phayam); Chiang Mai (Muang, Mae Rim, Mae Taeng, dan Doi Tao); Loei (Chiang Khan) dan Buriram (Muang).

Di Bangkok dan zon merah gelap lain, CCSA membenarkan 10 jenis perniagaan dibuka semula mulai Jumaat ini.

Ini termasuk, prasekolah dan tadika, gimnasium, spa, pusat tatu, dan pawagam. Pasar raya dan pusat beli-belah kini boleh dibuka sehingga 9 malam, sementara bar dan kelab malam kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.

CCSA juga memaklumkan 101 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 16,369 kes. Daripada jumlah keseluruhan itu, 16,275 kematian dicatatkan mulai 1 April 2021 hingga hari ini.

Sementara itu, sebanyak 10,288 jangkitan baharu turut dilaporkan di seluruh Thailand menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada lebih 1.57 juta kes, dengan 120,156 kes masih aktif. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok