Thailand kesan kes pertama varian Delta Plus

October 26, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam (PHM) Thailand hari ini mengesahkan mengesan kes pertama jangkitan varian Delta Plus di negara itu.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahan Berbahaya PHM, Dr Chawetsan Namwat melaporkan penemuan jangkitan pertama varian itu dalam satu taklimat akhbar.

Jelasnya, varian itu turut dikenali sebagai AY.4.2, dikesan pada seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang bekerja di kawasan Bang Sai Ayutthaya bulan lalu dan lelaki itu dikatakan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko atau ke luar negara.

“Ini adalah satu-satunya kes varian Delta Plus yang dikesan di negara ini dan sampel pesakit itu sudah dihantar untuk kajian selanjutnya bagi mengesan penjujukan genetik di Institut Penyelidikan Sains Perubatan Angkatan Tentera Thailand.

“Kebimbangan penemuan varian baharu ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kerana ianya lebih cepat menular berbanding varian Delta,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pesakit lelaki itu sudah pulih sepenuhnya dan tidak kes baharu dikesan.

Dr Chawetsan berkata sejak 28 hari lalu, kes Delta Plus di United Kingdom telah meningkat, menyumbang enam peratus daripada semua jangkitan yang melibatkan varian lain, kebanyakannya varian Delta.

Sementara itu, PHM melaporkan dalam tempoh 24 jam hari ini jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 7,706 kes berbanding 8,675 kes semalam, dan 66 kematian baharu dilaporkan.

Sejak Mac tahun lalu, Thailand sudah merekodkan lebih 1.9 juta kes jangkitan Covid-19 dengan 1.7 juta daripadanya sudah pulih sepenuhnya, manakala 18,865 kematian direkodkan dalam tempoh tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok