Thailand kenakan caj baharu RM61 kepada pelancong asing tahun depan

October 7, 2021 · Dunia

Thailand akan mengenakan caj sebanyak 500 baht (kira-kira RM61.70) daripada pelancong asing sebagai ‘dana transformasi pelancongan’ bermula tahun depan.

Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi minggu lalu meluluskan pembentukan dana itu, yang dijangka dapat membantu membangunkan projek yang mengubah industri dengan fokus kepada pelancongan bernilai tinggi dan mampan.

Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata caj 500 baht setiap seorang sepatutnya bermula tahun depan dengan sasaran dapat memungut lima bilion baht dalam tempoh setahun, dengan jangkaan 10 juta pelancong asing akan tiba pada 2022.

Jawatankuasa Dasar Pelancongan Negara telah memberi persetujuan supaya dana itu bermula awal tahun ini dengan cadangan caj sebanyak 300 baht seorang.

Yuthasak berkata 200 baht tambahan akan diperuntukkan untuk projek yang dimulakan oleh sektor swasta, perusahaan komuniti yang akan mengubah perniagaan mereka bagi memenuhi stategi dana, membantu penyusunan semula negara daripada pelancongan besar-besaran hingga bernilai tinggi, dan pelancongan yang mementingkan alam sekitar.

Setelah konsep itu diluluskan, Kementerian Pelancongan dan Sukan serta TAT akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai penubuhan jawatankuasa dana dan mekanisme pendanaan, termasuk cara memungut caj atau yuran daripada pelancong, katanya.

Jawatankuasa ini mesti mengembangkan kriteria untuk menentukan projek mana yang layak mendapat sokongan kewangan.

“Kos tambahan tidak akan memberi kesan kepada pelancong kerana kami ingin menumpukan perhatian pada pasaran yang berkualiti.

“Kami berharap dana ini dapat menyokong perubahan pelancongan negara bagi mewujudkan tempat yang lebih selamat dan bersih<” kata Yuthasak.

Menurutnya objektif dana itu bukan untuk mengatasi kesan kewangan akibat pandemik Covid-19, tetapi lebih memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan jangka panjang.

Sementara itu, Thailand semalam melaporkan 9,866 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan sejak awal tahun lalu kepada 1,638,234 kes positif.

Negara itu juga melaporkan 103 kematian berkaitan Covid-19, sekali gus meningkatkan kes kematian kepada 17,305 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok