Thailand kembali kepada normal

October 1, 2022 · Dunia

Thailand kembali kepada “normal” sama seperti keadaan sebelum pandemik mulai hari ini (Sabtu, 1 Oktober 2022) setelah menarik balik hampir semua sekatan Covid-19 dengan jangkitan diturunkan daripada “penyakit berjangkit berbahaya” kepada “penyakit berjangkit di bawah pengawasan.”

Dengan berakhirnya Dekri Kecemasan Covid-19, berkuat kuasa sejak 25 Mac 2020, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 – ditubuhkan untuk merangka strategi bagi memerangi wabak itu – akan “dibubarkan secara automatik, dan semua peraturan, pengumuman, dan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Kabinet di bawah dekri itu dibatalkan, umum pihak berkuasa Thailand

Susulan itu semua pelancong antarabangsa yang tiba di Thailand mulai hari ini tidak perlu lagi menunjukkan bukti vaksinasi atau menjalani ujian PCR.

Selain itu, mereka yang dijangkiti tetapi menunjukkan simptom ringan atau tiada simptom, tidak perlu mengasingkan diri tetapi hanya memakai pelitup muka untuk tempoh lima hari bagi mencegah penularan virus.

Walaupun pelitup muka tidak diwajibkan di negara ini sejak akhir Jun, Kementerian Kesihatan mengesyorkan agar penduduk terus menggunakannya di tempat tertutup yang mempunyai pengudaraan yang tidak baik atau sesak.

Menurut kementerian itu, “situasi Covid-19 akan beransur-ansur mereda ke tahap yang sama seperti influenza, sekali gus bermakna ia akan mudah berjangkit tetapi tidak akan menyebabkan gejala teruk kepada mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya.”

Thailand, yang jumlah kesnya mencecah 4.6 juta pada Jumaat, termasuk 32,764 kematian, mula membuka semula sempadannya secara beransur-ansur pada Julai 2021 di tengah-tengah siri sekatan, yang telah dilonggarkan sedikit demi sedikit.

Kini, dengan negara “dibuka semula sepenuhnya,” kerajaan berharap untuk memulihkan sektor pelancongan, salah satu pemacu utama ekonomi Thailand dan dilanda krisis kesihatan.

Pihak berkuasa juga mengumumkan lanjutan penginapan bebas visa di negara itu daripada 30 hari kepada 45 hari mulai Sabtu.

Pada 2019, sebelum wabak Covid-19, sektor pelancongan menyumbang hampir 20 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang menerima kira-kira 40 juta pelancong asing pada tahun itu. – EFE

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok