Thailand kehabisan wang untuk rawatan kecemasan Covid-19

February 13, 2022 · Dunia

Bermula bulan depan, semua pesakit Covid-19 di Thailand akan dirawat di bawah skim kad emas, keselamatan sosial atau kebajikan kerajaan, tatkala jangkitan baharu hari ini mencecah 15,882 kes.

Langkah memperkenalkan skim rawatan itu dibuat setelah kerajaan negara itu kehabisan dana untuk sistem rawatan kecemasan.

Penasihat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand, Dr Udom Kachintorn berkata kerajaan tidak lagi mampu menanggung beban perbelanjaan skim Perlindungan Sejagat untuk Pesakit Kecemasan (UCEP).

Memetik langkah dilakukan Sweden, beliau berkata kerajaan Thailand telah menarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 sejak Khamis lalu kerana bajet tidak mencukupi untuk menjaga pesakit Covid-19.

Udom menjelaskan Thailand harus mengalihkan tumpuannya ke arah memperkukuhkan semula dan meningkatkan kegiatan ekonomi.

“Terus terang, kita harus meningkatkan pemulihan ekonomi untuk memacu negara dan bersedia menghadapi peralihan global,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak akan menghapuskan rawatan UCEP Covid-19 serta-merta, sebaliknya memberi masa satu hingga dua bulan kepada orang ramai untuk membuat persediaan.

Beliau menambah, situasi Covid-19 masih dalam kawalan Kementerian Kesihatan Awam, yang menjangkakan jangkitan harian akan meningkat daripada sekitar 15,000 pada masa ini kepada 17,000 hingga 18,000 menjelang akhir Februari.

Beliau berkata kes harian tidak dijangka mencecah 20,000 ke atas, satu tahap yang akan memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam.

Peratusan pesakit yang mengalami simptom teruk telah menurun sebanyak 10 kali ganda berbanding tahun lepas, kata Udom.

“Bagaimanapun, orang ramai harus mendapatkan suntikan penggalak kerana kini jelas ia boleh melindungi mereka daripada ancaman Covid-19,” katanya lagi.

Menonjolkan kepentingan menghentikan kadar jangkitan yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata vaksin Sinovac dan Sinopharm masih tersedia untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 jika ibu bapa bimbang tentang kesan sampingan Pfizer.

Beliau menambah Kementerian Kesihatan Awam akan membenarkan vaksin silang dengan jenama berbeza untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Pada masa sama, pasukan petugas Covid-19 negara itu juga memaklumkan seramai 24 lagi pesakit meninggal dunia hari ini. – Agensi

Berita berkaitan
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok