Thailand kaji tarik balik pemakaian pelitup muka

June 7, 2022 · Dunia

Thailand akan menilai secara terperinci situasi Covid-19 sebelum membuat sebarang keputusan untuk menarik balik peraturan pemakaian pelitup muka.

Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha sudah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) untuk membuat penilaian selari dengan pelan pemulihan ekonomi negara dan apabila kehidupan rakyat kembali normal, lapor Bernama.

“Melonggarkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. CCSA perlu membuat penilaian dan pertimbangan yang teliti, dengan mengambil kira situasi Covid-19 (terkini) di setiap kawasan serta kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Buat masa ini, semua orang digesa untuk terus memakai pelitup muka yang bersih serta mematuhi semua langkah pencegahan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt berkata beliau akan mencadangkan kepada CCSA untuk menjadikan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka sebagai pilihan kerana jangkitan baharu Covid-19 semakin berkurangan.

Ketika ini, orang awam di ibu negara masih diwajibkan memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah termasuk di sekolah dan tempat kerja.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 2,224 kes baharu Covid-19 dan 20 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 4,471,179 dan 30,218 kematian.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
14 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
19 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok