Thailand dakwa campuran Sinovac-AstraZeneca tingkatkan kekebalan

September 2, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengatakan campuran suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac dari China bagi dos pertama dan AstraZeneca (dos kedua) yang dihasilkan oleh Britain, berjaya meningkatkan kekebalan kelompok hampir 1.5 juta penerima pertamanya.

Kombinasi suntikan Sinovac-AstraZeneca boleh meningkatkan kekebalan ke tahap yang sama dengan dua dos suntikan AstraZeneca dan ini dapat memendekkan tempoh masa menunggu setelah menerima suntikan pertama vaksin itu.

Julai lalu, ketika berada diambang kemuncak kenaikan kes jangkitan dan kematian, Thailand menjadi negara pertama di dunia yang mencampurkan vaksin buat China dan Barat.

“Formula campuran itu telah disuntik kepada lebih 1.5 juta penduduknya dan ianya diakui selamat. Jangan fikirkan perkara yang tidak baik kerana ia akan menimbulkan kebimbangan,” kata Ketua Jabatan Sains Perubatan kementerian itu, Dr Supakit Sirilak.

Vaksin AstraZeneca turut dikeluarkan kilang tempatan di Thailand, tetapi menghadapi masalah memenuhi keperluan bekalan di seluruh dunia.
Kini kebimbangan Thailand mengenai kecukupan sumber vaksin tidak akan menjadi masalah besar dan semua penduduknya tidak lagi diberikan dua dos suntikan vaksin Sinovac.

Hanya terdapat 13 peratus daripada penduduk di Thailand yang berjumlah lebih dari 66 juta telah diberikan vaksin sepenuhnya, kata Dr Supakit.

Sejak April lalu, Thailand melaporkan hampir 1.2 juta jangkitan dan 12,103 kematian dicatatkan, didorong oleh penularan varian Delta dan Alpha.

Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul memaklumkan dos penggalak menggunakan vaksin jenis berlainan akan diberikan kepada hampir tiga juta penerima dua dos lengkap Sinovac secepat mungkin bulan ini.

Baru-baru ini, timbul kebimbangan dari beberapa negara mengenai keberkesanan vaksin Sinovac untuk melawan jangkitan varian Delta, katanya.

Minggu lalu, Anutin meminta Ahli Parlimen negara itu tidak mengkritik vaksin Sinovac dari China, bagi melindungi rakyat Thailand daripada panik, keliru dan bimbang, selain demi menjaga hubungan baik antara negara.

Dalam tempoh 24 jam hari ini, Thailand mencatatkan 14,956 kes baharu Covid-19 dan 262 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022
Lagi Dunia terkini
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
5 jam lalu · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
7 jam lalu · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
18 jam lalu · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
August 11, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok