Thailand catat peningkatan jangkitan positif Covid-19

September 22, 2021 · Dunia

Sebanyak 11,252 jangkitan baharu dan 141 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand, hari ini.

Semalam negara itu mencatatkan 10,919 kes positif fan 143 kematian.

Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes positif yang direkodkan di negara berkenaan meningkat kepada lebih 1.48 juta individu, manakala 15,753 pesakit meninggal dunia.

Lonjakan ketara kes positif Covid-19 berlaku sejak awal April lalu susulan penularan meluas varian Delta, yang turut menjejaskan sistem kesihatan negara itu.

CCSA turut melaporkan dalam tempoh 24 jam itu seramai 13,695 pesakit disahkan sembuh, namun sehingga kini 129,071 pesakit lagi masih menjalani rawatan.

Sementara itu, pulau peranginan Phuket yang dibuka kepada pelancong melepasi beberapa petanda membimbangkan berkaitan Covid-19.

Sejak beberapa hari terakhir ini jumlah kematian meningkat kepada 60 kes, manakala jumlah jangkitan dalam kalangan pelancong yang menyertai program ‘Phuket Sandbox’ pula melepasi angka 100.

Phuket juga merekodkan purata jangkitan harian melebihi 250 kes, sementara jumlah keseluruhan kes positif di pulau itu sejak awal gelombang ketiga April lalu kini melepasi 9,000 kes.

Sejak awal September hingga hari ini, 20 kematian direkodkan di Phuket, meningkat berbanding bulan sebelumnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok