Thailand catat kematian Covid-19 harian tertinggi

April 27, 2021 · Dunia

Terdapat 15 kematian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dicatatkan di Thailand sekaligus ia menjadikan angka tertinggi dicatatkan sejak kerajaan negara itu terpaksa meningkatkan langkah-langkah lebih ketat untuk mengurangkan jangkitan kes.

Kes baharu yang dicatatkan adalah sebanyakn 2,179 kes, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan 59,687 dan 163 kematian.

Kematian baharu melibatkan sembilan lelaki dan enam wanita, semuanya rakyat tempatan berusia antara 24 dan 88 tahun.

“Kadar kematian pandemik ketika ini adalah 0.22 peratus. Lebih 55 peratus kematian adalah mereka yang berumur 60 tahun dan lebih tua, ” kata Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin lapor Bernama.

Tambahnya, daripada 2,179 kes COVID-19 baharu, 2,174 adalah jangkitan tempatan dan lima kes import.

“Bangkok melaporkan 993 kes baharu diikuti Nontbaburi (149), Pathum Thani (93) Samut Prakan (93) Chonburi (80) dan Surat Thani (62).

Sementara itu, Taweesin berkata Kementerian Kesihatan Awam mengusulkan agar semua pelancong antarabangsa yang memasuki negara harus mendapatkan Sijil Masuk (CoE) selepas 1 Mei dan menjalani kuarantin 14 hari berbanding 10 hari ketika ini.

“Usul itu akan dibentangkan dalam pertemuan CCSA pada Khamis,” katanya.

Taweesin mengatakan Bangkok dan 53 wilayah termasuk Chiang Mai dan Phuket telah mewajibkan pemakaian pelitup muka wajib di semua tempat awam dan mereka yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda hingga 20,000 baht di bawah Akta Penyakit Berjangkit 2015.

Sementara itu, timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun mengatakan kerajaan akan mengguna pakai sistem arahan tunggal untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan vaksinasi nasional.

Beliau berkata rancangan vaksinasi proaktif dengan bantuan sektor swasta akan dijalankan untuk meringankan beban sistem kesihatan awam.

“Kerajaan akan sedaya upaya mendapatkan lebih banyak dos (vaksin) untuk menyokong pelaksanaan (vaksinasi), dengan menyasarkan membeli 10 hingga 15 juta dos sebulan daripada beberapa pengeluar.

“Kerajaan mensasarkan 30 juta orang mendapat vaksin dalam tempoh tiga bulan akan datang dan 50 juta pada akhir tahun ini,” katanya.

Setakat ini, sejumlah 1.01 juta orang telah mendapat dos pertama mereka sementara 214,644 orang selesai menerima suntikan dos kedua.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
11 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
14 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
3 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok