Thailand catat 27,071 jangkitan baharu semalam, Singapura 10,594 kes

March 19, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand (MPH) melaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari semalam (18 Mac 2022) sebanyak 27,071 jangkitan baharu Covid-19 di negara itu, termasuk 49 daripadanya melibatkan kes import.

Jumlah kematian meningkat sebanyak 80 orang, manakala 21,522 pesakit telah sembuh dan dibenarkan meninggalkan hospital, kata MPH dalam kenyataan hari ini.

Sejak awal 2020 hingga semalam, negara itu kini mencatat kumulatif positif sebanyak 3,303,169 kes dengan 3,048,491 pesakit telah sembuh, 230,603 masih dirawat di hospital, dan 24,075 kematian.

Dalam tempoh 1 Januari lalu hingga semalam Thailand mencatat 1,079,734 kes positif Covid-19, meningkat mendadak berbanding sebelum ini susulan penularan pantas varian Omicron.

Sehingga semalam juga sebanyak 126,799,701 dos vaksin Covid-19 telah diberikan.

Menurut Worldometer, kes yang disahkan di seluruh dunia telah meningkat kepada 466.54 juta pada Jumaat, dengan 398.15 juta daripadanya telah pulih, 62.3 juta adalah kes aktif, termasuk 63,836 dalam keadaan kritikal, dan 6.09 juta telah meninggal dunia.

Sementara itu, Singapura pula merekodkan 10,594 jangkitan baharu semalam, turun sedikit berbanding 10,713 kes pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (MOH).

Daripada jumlah itu, 10,435 adalah jangkitan tempatan dan 159 kes import. Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 di Singapura meningkat kepada 996,914 kes sejak awal 2020 lalu.

Negara itu juga melaporkan sembilan kematian semalam menjadikan keseluruhannya 1,191 pesakit Covid-19 meninggal dunia sejak awal 2020.

Terdapat 1,175 pesakit di hospital, menurut statistik terkini laman web MOH. Sebanyak 137 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

Tiga puluh pesakit dirawat di unit rawatan rapi, berbanding 29 pada Khamis.

Kebanyakan jangkitan baharu Covid-19 di Singapura adalah kes Protokol 2, iaitu mereka yang sihat atau dinilai mempunyai keadaan ringan. – Agensi

Berita berkaitan
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok