Thailand buka semula pusat hiburan, permudah kemasukan pelancong

May 20, 2022 · Dunia

Thailand membenarkan kelab malam, bar dan karaoke dibuka semula pada waktu biasa mulai Jun, kata seorang pegawai kanan pada Jumaat (20 Mei), menggugurkan sebahagian besar sekatan wabak Covid-19 yang tinggal ketika jangkitan harian semakin menurun.

Kehidupan malam Thailand merupakan tarikan utama bagi pelancong, tetapi kebanyakan tempat hiburan telah ditutup atau dikenakan perintah berkurung yang ketat sejak wabak itu bermula awal 2020 lalu, dengan beberapa bar terpaksa menukar kepada restoran untuk kekal dalam perniagaan.

Kerajaan berharap kelonggaran sekatan terkini akan membantu memulihkan semula sektor pelancongan yang menjadi penyumbang kira-kira 12 peratus daripada ekonomi sebelum wabak itu. Thailand menyasarkan lima hingga 15 juta pelancong tahun ini.

“Tempat hiburan, pub, rumah urut dan lain-lain mungkin dibuka sehingga tengah malam selepas Jun,” kata Taweesin Visanuyothin, jurucakap pasukan petugas Covid-19 kerajaan (CCSA).

“Perniagaan ini harus mengambil pendekatan pencegahan sejagat… kakitangan mesti telah menerima dos penggalak dan mengambil ujian antigen setiap tujuh hari,” tambah Taweesin.

CCAS juga meluluskan peraturan pendaftaran dan kemasukan Pas Thailand yang dipermudahkan untuk ketibaan antarabangsa, berkuat kuasa 1 Jun depan.

Warganegara asing masih perlu memohon Pas Thailand (melalui https://tp.consular.go.th/), tetapi hanya perlu memberikan butiran pasport, vaksinasi dan polisi insurans kesihatan AS$10,000.

Sistem kemudiannya akan mengeluarkan kod QR Pas Thailand secara automatik untuk pemohon. Sementara itu, warga Thailand tidak lagi perlu memohon Pas Thailand.

Apabila tiba di Thailand, pengembara yang telah divaksin mesti menjalani saringan, dan kemudiannya akan dibenarkan masuk jika tiada apa-apa masalah, dan bebas untuk pergi ke mana-mana di negara itu.

Pengembara yang tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi boleh memuat naik bukti RT-PCR negatif atau ujian ATK profesional dalam masa 72 jam perjalanan melalui sistem Thailand Pass juga akan dibenarkan masuk dan bebas untuk pergi ke mana-mana sahaja.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok